Jumaat, Januari 27, 2012


Apa yang membuatkan diorang GILA sangat nak berdebat? Adakah dengan cara berdebat ni dapat menyelesaikan masalah rakyat? Adakah dengan cara itu dapat membantu mereka?

Tak jugak. Apa tujuan utama berdebat ni sebenarnya? Tujuannya adalah untuk mendapatkan persefahaman dan persetujuan dalam satu - satu perkara.

Bila ada dua pihak yang mempunyai pandangan berbeza antara satu dengan yang lain, maka mereka akan memperdebatkannya. 

Syaratnya, kedua - dua pihak perlu faham apa yang nak diperdebatkan. Baru la debat ni boleh dijalankan secara ilmiah.

Diakhir sesi berdebat tersebut, mereka akan mencapai kata putus dan bersetuju dengan pandangan yang telah diberikan.

Tapi, keadaan ni jauh berbeza dengan puak - puak Pakatan Pembangkang tu. Diorang hanya sekadar nak berdebat bagi menunjukkan yang diorang tu je yang betul.

Padahal, ada diantara mereka sendiri pun tak faham apa isu yang nak diperdebatkan. Bila dah tak dapat jawab, maka diorang akan buat tuduhan yang bukan - bukan.

Sama la dalam isu debat yang dicadangkan oleh puak - puak Pakatan Pembangkang di Pahang ni berkaitan dengan isu Lynas.

Sibuk sangat puak - puak PAS diPahang ni nak Menteri Besar berdebat. Kononnya, debat tu dapat menepikan spekulasi mengatakan yang kilang tersebut merbahaya.
TEMERLOH - Pas Pahang meminta Menteri Besar, Datuk Seri Draja Adnan Yaakob berhenti berdolak-dalik sebaliknya serius untuk berdebat dalam isu Lynas.
Ketua Penerangannya, Suhaimi Saad berkata, Adnan tidak sepatutnya menganggap debat dengan Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh sia-sia kerana isu tersebut terus menjadi kontroversi kepada umum.
“Jika tidak mahu dicop pengecut tetapi terus berdolak-dalik itu tak guna, debat ini penting supaya rakyat dapat didedahkan dengan maklumat sebenar tentang isu yang menghantui mereka,” katanya.
Terang - terang Ahli Parlimen PAS Hulu Langat, Dr. Che Rosli kata projek tu selamat dan tindakan Si Fuziah Thoron sebelum ni hanya satu penyelewengan fakta. 

Jadi, diorang nak debat apa lagi??? Kenapa diorang sendiri tak nak percaya dengan apa yang telah diperkatakan?

Sedangkan diorang sendiri pun tak nak dengar cakap pemimpin, jadi diorang nak orang lain dengar cakap diorang menda kejadahnya pulak!!!

Itulah yang orang kata jahil dalam isu berdebat dengan puak - puak Pakatan Pembangkang ni. Bukannya dapat menyelesaikan masalah pun sebenarnya. Menimbulkan perbalahan lagi ada la!!!


Ps: Teringat kata - kata Si Karam Singh pasal isu Lynas ni hari tu. Kata dia, kalau nak tau pasal sawit, jangan tanya Pakar Getah!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. kalau diwarong kita selalu jumpa orang berdebat sambil kena teh sorang secawan.kadang kadang dari tengah hari hingga kepetang.besok sambong lagi.kalau waktu tu dia orang buat kerja banyak hasil lagi dia orang bolih dapat.inilah pembangkang suka debat dan terus debat tak payah buat karja.olih itu jangan layan nanti kerja terbengkalai.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping