Jumaat, Januari 20, 2012


Fuh!!! Dengan konfiden je Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor ni kata yang Menteri Besar Badut tu akan menyerahkan semula portfolio Hal Ehwal Agama tu kepada PAS.

Nampak sangat PAS Selangor sekarang sedang menghadapi masalah 'Penafian' berhubung isu yang berkaitan dengan portfolio tersebut.

Sedikit sebanyak tindakan bangang Si Khalid Gagap tu telah mencalarkan imej PAS dikalangan ahli dan rakyat Malaysia secara keselurahannya.

Selama ini orang semua tahu yang PAS ni KONONnya nak memperjuangkan Islam dan menegakkan syiar Islam. 

Tetapi tindakan yang dibuat oleh Khalid Gagap tu dilihat menafikan hak tersebut kepada PAS secara tidak lansung. Macam dia tak bagi je PAS memperjuangkan Islam.

Kalau betul la Si Menteri Besar Badut tu akan pulangkan semula portfolio tersebut kepada wakil PAS dalam Kerajaan Negeri, kenapa dia tak bagi awal - awal lagi?

Apa, Si Khalid Gagap tu tak percaya ke yang Exco baru dia tu mampu menjalankan tugas menjaga Hal Ehwal Islam di Negeri Selangor ni? Kalau dah dari mula pun dia tak percaya, inikan pulak dikemudian hari!!!
SHAH ALAM - Pas yakin portfolio hal ehwal Islam akan diserahkan kembali kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor yang mewakili parti itu pada "masa yang sesuai", kata Timbalan Pesuruhjaya negeri, Iskandar A. Samad.


Dalam satu kenyataan lewat petang semalam, Iskandar berkata, beliau yakin Menteri Besar Tan Sri Khalid Samad telah membuat keputusan untuk mengambil alih potfolio hal ehwal Islam buat sementara waktu kerana mahu memberi masa kepada Dr Ahmad Yunus Hairi untuk menyesuaikan diri sebagai Exco.



Kenyataan itu menjawab kritikan beberapa pihak terutama Umno yang mendakwa Pas tidak melawan untuk mengekalkan portfolio agama yang disandang sebelum ini.



Pagi semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)Sijangkang itu mengangkat sumpah sebagai anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor yang baru bagi menggantikan tempat Hasan, yang telah dipecat dari Pas.



Dr Ahmad Yunus, yang merupakan doktor perubatan, mengetuai portfolio adat-adat Melayu, belia dan sukan.



"Portfolio tersebut membawa tanggungjawab yang berat dan memerlukan seorang Exco yang dapat memberi tumpuan yang tidak berbelah bahagi.



"Saya yakin Menteri Besar akan menyerahkan portfolio tersebut kepada Dr Yunus pada masa yang sesuai," katanya.



Iskandar, yang juga Exco Kerajaan Negeri berkata, beliau turut yakin Dr Ahmad Yunus berupaya meneruskan perancangan dan kerja-kerja yang ditinggalkan oleh Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.



Sehubungan itu, beliau juga berharap orang ramai akan menghentikan sebarang spekulasi berhubung portfolio yang penting itu.
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. nak menjaga kerpentingan islam dalam negeri selangor pun kena tunggu portfolio dari kerajaan selangor.kalau kerajaan selangor tak beri portfolio pas tak bolih buat apa apa.main duduk diam ajelah.kalau diberi pun dengan bersyarat contohnya pas tak bolih kacau ganggu hal murtad dan maksiat dia kena ikut.kalau tak portfolio kena tarik balik.macamana dia nak bertanggong jawab untuk menjaga kedaulatan islam dalam negeri selangor sepenuhnya.apatah lagi dalam satu negara malaysia ni.aku rasa dia tak dapat tanggong cuma dapat jawab aje.cuba fikir manasabah tak

    ?.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping