Khamis, Januari 19, 2012


Ish! Ish! Ish! Siapa yang percaya cerita ni? Mana mungkin PKR akan membunuh perjuangan PAS yang suci dan luhur nak mempertahankan Islam tu.

Tindakan Kerajaan PKR yang tak bagi PAS jaga Hal Ehwal Islam ni sebab PAS sendiri yang mengugurkannya dari perjuangan mereka.

PAS sekarang nak jaga Kebajikan rakyat je. Diorang bukan nak memperjuangkan Islam seperti mana yang diorang katakan dulu.

Jadi, memang patut sangat la kalau PKR tak bagi Exco baru yang mewakili PAS untuk jaga hal ehwal Islam ni. Yang diorang mampu ialah jadi Jaga Adat Resam je!!!
ALOR SETAR: Baru sehari wakil PAS Dr Ahmad Yunus Hairi dilantik sebagai Exco Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan, parti Kita Kedah mendakwa parti Islam itu  terlalu tunduk kepada PKR.
“PKR dilihat merampas tugas EXCO Agama yang selama ini dipegang oleh PAS. Tidakkah ahli PAS nampak perkara ini,” kata Ketua Penerangan Wan Rosli Omar.
Beliau mengulas pelantikan Dr Ahmad Yunus sebagai exco di Istana Kayangan, Shah Alam semalam.
Adun Sijangkang itu menggantikan Datuk Dr Hasan Ali yang dipecat PAS baru-baru ini.
`Rumah tangga’ PAS
Bagaimanapun, portfolio Hal Ehwal Islam, Insfraktur dan Kemudahan Awang yang sebelum ini dipegang Dr Hasan telah diambil oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Wan Rosli mendakwa PKR seakan tidak lagi mempedulikan pandangan serta dengan sewenangnya boleh campur tangan dalam hal “rumah tangga” PAS.
“Perbuatan sebegini juga berlaku di Kedah  tapi tidak seteruk Selangor, kerana Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berjaya  mengekang anasir-anasir dalaman.
“Jika PAS terlalu tunduk pada PKR, Kita Kedah percaya ahli PAS akan beralih sokongan terutamanya di negeri Selangor,” tambah beliau.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping