Sebelum ni, bukan main lagi Si Aziz Bari mendesak PAS Pusat agar mengambil tindakan terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Azizan Razak.
Tak kurang juga kecaman dari kalangan budak - budak Mahasewel yang menyifatkan Tok Jan sebagai 'Bebal' dan 'Sombong' kerana masih mengekalkan AUKU di KUIN.
Kemudian, Dewan Pemuda PAS juga turut membuat kecaman diatas tindakan yang telah dibuat oleh Tok Jan bagi mengekalkan perkara tersebut.
Hari ni, baru la Tok Jan menjawab semua dakwaan dan kecaman yang telah dikenakan ke atas dirinya selama hari ini.
Persoalannya, berani atau tidak PAS mahu mengambil tindakan terhadap dirinya? Adakah Tok Jan akan menerima nasib yang sama seperti Datuk Dr. Hassan Ali?
Kalau sebelum ni, Hassan Ali dipecat sebab tak menyokong perjuangan Si Ketua Penipu tu. Kalau diikutkan, apa yang Tok Jan buat ni pun sama juga dengan apa yang dibuat olehnya.
Tok Jan dengan jelas telah mengingkari apa yang telah dipersetujui oleh Pakatan Pembangkang melalui Buku Jinggay.
Kalau PAS pecat Tok Jan, memang sah PAS kini bukan lagi parti yang memperjuangkan Islam. Diorang ambik tindakan pun bukan atas sebab perjuangan tersebut. Sebaliknya mereka hanya jadi Pak Angguk Saja kepada keputusan orang lain!!!
KUALA LUMPUR, 27 Jan — Datuk Seri Azizan Abdul Razak menempelak pakar perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari sambil menegaskan bersedia berdepan dengan apa jua tindakan oleh Pakatan Rakyat termasuk dipecat sekiranya bersalah.Menteri Besar Kedah ini mengulas desakan Aziz semalam agar Pakatan Rakyat mengambil tindakan tegas terhadap beliau kerana mengambil tindakan ke atas lima mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (KUIN) menggunakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) tahun lepas.Menyentuh soal prinsip Buku Jingga yang mahu memansuhkan AUKU, Azizan (gambar)menegaskan “Buku Jingga bukan al-Quran” yang harus dipatuhi sepanjang masa.“Ada perkara boleh laksana dan ada perkara yang tidak boleh...kena lihat pada keadaan,” katanya kepada The Malaysian Insider.“Kalau Pakatan Rakyat nak ambil tindakan terhadap saya, ambillah...ini urusan universiti, saya tidak campur tangan (dalam soal tindakan tatatertib),” tambahnya.
Sebenarnya semua adalah sandiwara pakatan semata-mata. mrk fokus myalahkn sesorg atau satu pihak shj apabila pjuangan yg mrk laungkan dan lolong2kn selalu dibuat oleh mrk. Meskipun mrk cuba mletakkn kesalahan kepada tok jan semata2, namun hakikatnya yg dapat dilihat secara jelas, begitulah sebenarnya politik pakatan. mrk tidak akan melaksanakan atau mghapuskn apa yg mrk laung2kn. smua hanyala janji2 palsu. dan skiranya ada pihak mula pertikai, maka mrk akan cari kambing hitam utk dijadikn mangsa. dlm hal ini, tok jan la mangsanya.
BalasPadamTak tahulah,pasa masa sekarang ni,banyak yang suka menyerang peribadi daripada kepentingan rakyat demi keutuhan dalam politik.Orang yang berilmu diserang seolah-olah apa yang ada pada pada mereka tiada nilai lagi. Menyerang peribadi telah menjadi trend dalam politiktanahair hari ini.
BalasPadamPecat mat sabu sekali tauu...
BalasPadamkalau dah kecoh macam ni maknanya mereka yang berjawatan dalam pas suka bertindak sendiri sendiri.
BalasPadam