Jumaat, Januari 06, 2012


Hilang akal ke apa Si Ummi Hafilda ni sampai bateri pun nak dibogelkan? Apa salah bateri tu pada dia sampai dia nak bogelkan bateri tu? Meh dengar cerita dia.
Ummi Hafilda Ali, saksi utama kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 berjanji akan mendedahkan rahsia dahsyat kepimpinan atasan Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau trio 'bateri 3A' sekiranya mereka tidak bertaubat sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.
Ummi memberi amaran itu kerana beliau tidak sanggup melihat trio berkenaan iaitu Anwar, isterinya yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan abangnya sendiri, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali terus mengelirukan rakyat dengan dakyah demi kepentingan politik mereka.
"Hari ini mereka panggil polis anjing tetapi semasa Anwar berkuasa pada 1997, dia guna 50 orang polis untuk menangkap saya, jadi orang muda terutama mahasiswa perlu tahu siapa yang buat salah laku dan salah guna kuasa.
"Wan Azizah mempunyai pengaruh untuk menasihatkan suami kembali ke pangkal jalan, jangan sampai saya serta 'geng' iaitu (Datuk) Nallakaruppan, (Datuk) Zulkifli Noordin dan Rahimi Osman dedahkan perkara sampai nanti mereka (3A) tidak boleh angkat kepala. Kami merayu mereka kembali ke pangkal jalan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar khas di sini hari ini bagi meminta ketiga-tiga pemimpin tertinggi parti pembangkang itu menghentikan perjuangan politik mereka yang didakwanya mempunyai kepentingan peribadi dan bertujuan menukar sistem negara ini kepada sebuah republik.
Dalam perkembangan berkaitan, kata Ummi, beliau tidak akan berhenti mendedahkan kepincangan serta kelemahan ketiga-tiga mereka termasuk Azmin sungguhpun mereka adalah adik-beradik sehingga kesemuanya bersara daripada politik dan meminta maaf kepada rakyat Malaysia.
"Tetapi saya masih mempunyai sifat perikemanusiaan dan kalau boleh enggan mendedahkan keburukan abang kandung saya sendiri.
"Mereka perlu bertaubat dan meminta maaf seperti bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Bill Clinton yang memohon maaf secara terbuka kepada rakyat negara itu atas skandal seksnya," katanya.
Sementara itu, Ummi Hafilda yakin Azmin serta PKR tidak akan mampu mengumpulkan sehingga 100,000 penyokong fanatik Anwar untuk memberi sokongan kepada Ketua Pembangkang itu dalam Kempen Bebaskan Anwar 901 di ibu negara Isnin ini.
"Azmin boleh berangan seperti Mat Jenin. Dia juga pernah berangan akan menjadi Menteri Besar Selangor selepas pilihan raya umum lalu tetapi tiada apa yang berlaku," katanya.
Oh, Bateri tu yang dimaksudkan. Kalau Bateri tu, baik buang je ke sungai sebab nak pakai pun tak boleh. Nama je bateri, tapi Habuk pun tarak!!!

Lagi pun bateri tu setakat cakap je pandai. Bukannya dia reti buat kerja pun untuk rakyat. Kalau bab menipu tu lain la cerita sebab memang itu je yang diorang pandai buat pun!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Depa tu bateri luput tarikh, sbb tu depa meronyan x habis.....hampeh betui

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping