Rabu, Februari 29, 2012

 
PELAKON Angelina Jolie dan Brad Pitt dilaporkan akan membina sebuah taman tema bawah tanah yang mesra alam untuk enam anak mereka di kawasan rumah agam keluarga itu di selatan Perancis.
Pasangan tersebut dikatakan sudah menyiapkan pelan taman tema yang menyediakan enam permainan kegemaran anak-anak mereka setiap satu.
Keputusan itu dilakukan selepas percutian keluarga mereka di Legoland di Windsor pada September tahun terpaksa dipendekkan atas kebimbangan mengenai keselamatan kanak-kanak itu.
Sumber berkata: "Brad dan Ange berasa bersalah dan terkilan kerana terpaksa membawa anak-anak mereka pulang awal daripada percutian di Legoland pada tahun lalu. Tetapi ia terpaksa dilakukan atas nasihat pengawal peribadi mereka ekoran kesesakan orang ramai di tempat itu.
"Anak sulung mereka Maddox bertanya jika mereka boleh membina sesuatu yang menyamai taman tersebut di rumah mereka di Perancis.
"Pasangan itu bersetuju dengan idea berkenaan memandangkan mereka baru sahaja menyiapkan sebuah kolam di rumah itu."
Menurut The Sun, taman tema itu nanti bakal dijanakan oleh tenaga solar menerusi panel solar dari atas bumbung dan airnya akan diguna semula.
Sumber dalaman berkata: "Terdapat kolam yang besar, gelongsor, terowong, bot, pulau lanun dengan istana, trek kereta go-kart dan karusel gaya lama.
"Brad telah mereka kereta api mini yang boleh melalui seluruh kawasan bawah tanah dan menembusi pintu struktur baru sehingga ke taman tema."
Ps: Tahan la diorang nak bina taman tema untuk anak - anak. Yang Semut takut, kat Malaysia ni nanti ada 'Taman' lain pulak yang bakal dibina.

Ye la. Kalau dah Si Ketua Penipu tu kata yang hubungan seks ni boleh dilakukan dalam tempat tertutup, nanti takut ada pulak kawasan yang dibuat khusus untuk buat kerja haramjadah tu pulak!!! Korang fikir la sendiri!!!
Categories:

2 ulasan:

  1. Semut,
    'Taman Seks' tu dah ada melambak2 tumbuh macam cendawan. Nak jenis apa semua ada. Memang meriah. Sy nak cadangkan Semut buat satu taman hiburan, serious ni, satu taman untuk golongan wanita sahaja (security pun wanita juga) untuk melepaskan tension....ada karaoke, live band, game, library, kedai dan macam2 lagi. Boleh tak jadikan kenyataan? Dah lama sy tunggu orang buka taman macam ni.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping