Sabtu, Februari 11, 2012


SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, siasatan lengkap Jabatan Peguam Negara terhadap dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Parti Keadilan Rakyat  (PKR) Selangor, yang didakwa terlibat dalam isu rasuah dan skandal perlombongan pasir di Selangor, telah diperoleh dan akan dibentangkan kepada Panel Penilaian Operasi akhir bulan ini.

Sehubungan itu, SPRM akan mengemukakan laporan siasatan kepada panel berkenaan untuk mengkaji, meneliti dan mengesyorkan hasil daripada keputusan itu.

"SPRM ingin memaklumkan bahawa siasatan berkaitan kes terhadap Adun Seri Muda, Shuhaimi Shafiei dan Adun Batu Caves, Amirudin Shaari telah lengkap dan pihak Pejabat Peguam Negara telah mengkaji dan meneliti kes tersebut dan kini telah diterima semula oleh suruhanjaya ini.

"Sehubungan itu, suruhanjaya akan mengemukakan kertas tersebut kepada Panel Penilaian Operasi untuk mengkaji, meneliti dan mengesyorkan hasil daripada keputusan yang telah diperolehi daripada Jabatan Peguam Negara," kata SPRM dalam satu kenyataan lewat hari ini.

Panel itu yang dipengerusikan bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil serta dianggotai tujuh yang lain dilantik kerajaan daripada kalangan mereka yang mempunyai kepakaran dan mewakili badan-badan profesional yang bersesuaian bagi memastikan SPRM menjalankan tugas dengan bebas serta telus tanpa rasa takut dan memihak.

Panel ini dijangka bersidang pada 23 Februari depan, kata kenyataan itu lagi. Sebelum ini, penulis blog Raja Petra Kamarudin mendakwa Shuhaimi dan Amirudin terlibat dalam isu penyelewengan dan sindiket kecurian pasir di Selangor.

Selain kes berkenaan, SPRM juga akan turut membentangkan kes Pusat Fidlot Nasional dan kes yang melibatkan siasatan terhadap menantu Menteri Besar Kelantan, Ariff Fahmi Abdul Rahman kepada semua ahli panel.

Published with Blogger-droid v2.0.4
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. Salam tuan blog.

    Saya sedang kumpulkan semua blogger BN dalam satu blog khas untuk rujukan semua. Sila berpandangan tuan.

    Bagi yang tidak tersenarai garap tinggalkan alamat url anda dalam ruangan "comment" atau "be a member" (opsyenal: kumpulan trooper yang disukai) untuk disenaraikan dalam daftar Pejuang Siber ini, terima kasih

    http://malaywebarmy.blogspot.com/2012/02/rangkaian-pejuang-siber-melayu.html

    BalasPadam
  2. ya sy setuju....http://tinta-maya-phg.blogspot.com

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping