Ahad, Februari 05, 2012


KUALA LUMPUR: Bekas Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali pada Sabtu menyatakan pendirian untuk tidak lagi bersama PAS kerana mendakwa parti itu sudah terkeluar daripada landasan sebenarnya iaitu untuk memartabatkan Islam.

Hasan yang dipecat daripada PAS pada 8 Januari lalu memberitahu bahawa beliau tidak akan membuat rayuan berhubung pemecatannya daripada parti itu yang disifatkanya dilakukan secara autokratik dan tidak demokratik.

"Setelah merenung berbagai sudut termasuk kepraktikalan gerak kerja saya seterusnya dan yang paling penting setelah beristikharah telah membawa saya membuat keputusan untuk tidak membuat rayuan.

"Sabaliknya saya membantah keputusan pemecatan saya yang bersifat arbitrari (tidak berasas) dan dilakukan mengikut selera parasit-pasrit yang sememangnya bagitu bernafsu untuk melihat saya tidak lagi berada dalam saf kepimpinan parti," katanya di sini, Sabtu.

Menurut Hasan keputusan itu dibuat berdasarkan beberapa faktor termasuk keghairahan sesetengah pemimpin PAS untuk bersekongkol dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP demi mengutamakan sasaran menuju Putrajaya.

"Kerap kali saya mencadangkan supaya PAS mengkaji semula kedudukannya dalam Pakatan Rakyat. Ini berikutan dengan pendekatan yang diambil oleh parasit dalam PAS hingga melampaui hal-hal yang berkaitan dengan dasar parti yang terpaksa dikorbankan untuk menjaga kepentingan DAP dan PKR.

"Dalam banyak hal saya dapati pimpinan parasit dalam PAS lebih gemar mendengar pandangan daripad DAP dan PKR berbanding daripada wakil partinya sendiri dalam hal pentadbiran kerajaan negeri Selangor," katanya.

Dalam pada itu Hasan yang dilucutkan jawatan Exco Hal Ehwal Islam Selangor pada 13 Januari lalu turut menyatakan bahawa sehingga kini beliau tidak menerima sebarang pertuduhan berhubung pemecatannya.

"Saya tidak pernah menerima surat, pesanan ringkas (SMS) atau panggilan telefon meminta saya hadir khusus untuk memberi keterangan terhadap apa-apa pertuduhan (sekiranya ada) yang dikenakan terhadap saya," katanya.

Ps: Orang dah tak sudi, menda kejadah pulak dia sesak - sesak nak merayu semula? Dah diorang pecat, sudah la. Tak payah la merengek nak suruh dia merayu semula.

Lagi pun, PAS sekarang memang membelakangkan perjuangan Islam selagi mereka bekerjasama dengan PKR dan DAPigs. Yang diorang buat sekarang pun setakat main Angguk je dengan apa yang diorang suruh. Perjuangan Islam Kepala Tengkorak dia kalau macam tu!!!

Published with Blogger-droid v2.0.4
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. PAS ...Parti Adat & Sukan ...

    Bela babi lg baik lah oiii..

    bahalol punya penyokong PAS

    Baghal dan Keladai sedang menjadi pimpinan mereka terutama Mahfuz dan Sabu !!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping