Ahad, Februari 05, 2012


Halamak ai!!! Belum pun berkuasa, dah nak buat janji yang bukan - bukan. Bagi yang dah berkuasa tu pulak, sampai hari ni janji tak tertunai.

Inilah masalahnya dengan puak - puak Pakatan Pembangkang ni. Suka sangat nak tabur janji yang diorang sendiri pun tak mampu nak dibuat.

Dan di Pahang ni pun tak terkecuali bila Pak Berahim tu sekali lagi menyatakan bahawa mereka akan menyelesaikan masalah tanah rakyat di Negeri Pahang ni.

Itu pun, KALAU dia dapat kuasa untuk memerintah Kerajaan Negeri selepas Pilihan Raya Negeri yang akan datang.

Soal nak selesaikan masalah tanah ni, tak payah nak tunggu diorang berkuasa. Sekarang ni pun pihak Kerajaan Negeri sedangkan menyelesaikan masalah tersebut.

Bagi tanah perumahan yang tempoh pajakannya selama 60 tahun akan dilanjutkan kepada 99 tahun tanpa sebarang bayaran premium tambahan.

Bagi yang memohon lot tanah untuk rumah pulak akan diluluskan secara automatik dengan bayaran premium sebanyak RM0.50 sen bagi sekaki persegi.

Jadi, apa lagi yang Pak Berahim nak selesaikan untuk rakyat ni lepas dia menang nanti? Nak selesaikan habuk?

Tidak. Kata dia, Pakatan Pembangkang akan tutup Felda Plantation dan bagi tanah tersebut kepada rakyat yang berkelayakan serta yang memerlukannya.
Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membidas kegagalan kerajaan BN meluluskan tanah kepada rakyat yang tidak bertanah sebaliknya memberikan tanah kepada syarikat swasta.

Katanya, jika Pakatan Rakyat berkuasa, kerajaan negeri akan memberi keutamaan kepada rakyat dengan menyelesaikan isu tanah yang kini menjadi isu besar bagi rakyat Pahang terutama golongan muda.

Menurutnya, seperti yang dijanjikan didalam buku jingga, Pakatan Rakyat akan menutup Felda Plantation dan tanahnya akan diagih-agihnya kepada rakyat yang layak.
Wah!!! Bukan ke Si Mazlan Aliman tu kata sebelum ini yang tanah Felda Plantation tu akan diagihkan kepada Peneroka Generasi Kedua sahaja? 

Kenapa Pak Berahim nak bagi kepada rakyat yang layak pulak? Nanti, apa kata ANAK pimpinan Si Mazlan Aliman tu? Takkan diorang nak biarkan je perkara tu berlaku?

Nampak sangat la yang diorang ni sebenarnya setakat tau nak bermimpi disiang hari je. Tabur janji sana sini tapi bila suruh buat nanti, habuk pun diorang tak tunaikan.

Tengok macam Negeri Bapak Sedara Pak Berahim tu pun cukup la. Kata nak bagi tanah kepada rakyat melalui Ladang Rakyat. 

Tapi yang diberikan tanah tu, bukannya kepada rakyat pun. Orang luar jugak yang dapat tanah tu. Itu nak memperjuangkan Rakyat Menda Kejadahnya Pulak!!! Takkan itu pun orang tak nampak!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. manusia yg kuat berjanji wpun tahu tak mampu krn bodoh dan tak ada ilmu maka itulah sebenar2 manusia MUNAFIK kalau korang nak tahu dan kenal....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping