Selasa, Februari 21, 2012


Korang ingat lagi tak dengan kenyataan yang dibuat oleh Si Ketua Penipu tu dalam majalah Tempo baru - baru ni? Kalau tak ingat, klik kat sini dulu.

Antara lain, Si Ketua Penipu tu kata bahawa sesebuah Negara tak boleh hukum hubungan Homoseksual kecuali ianya dipamerkan di tempat awam.
"Anwar menegaskan bahawa perkahwinan lelaki dengan wanita itu adalah sesuatu yang mutlak dari agama. Tapi (aktiviti) homoseksual tidak perlu dihukum oleh negara, kecuali dia mempamerkan di tempat publik (awam)", kata Anwar yang dilaporkan Tempo.
Dalam erti kata lainnya, hubungan seumpama itu dihalalkan oleh Si Ketua Penipu tu selagi ianya dilakukan didalam tempat tertutup.

Mustahil kalau kita kata yang Si Ketua Penipu tu tak tahu bahawa hubungan Homoseksual itu juga jatuh dalam Hukum Zina yang dilarang dan diharamkan dalam Islam.

Mungkin, dia tak faham apa dia hukum berzina ni didalam Islam, maka sebab itulah dia kata ianya boleh dilakukan didalam bilik. Meh kita bagi 'Pencerahan' sikit:
HUKUM SEBAT PENZINA DARI SUDUT ISLAM
“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu dera masing-masing dengan 100 rotan dan janganlah kamu berasa kasihan belas terhadap keduanya dalam melaksanakan perintah Allah jika kamu beriman kepada Allah dan pada hari kemudian.Hendaklah hadir ketika dijatuhkan hukumun terhadap mereka sekumpulan dikalangan orang-orang yang beriman” (An-Nur:2, al Quranul Karim)
Pandangan Ulama’ Tafsir
Hukuman keatas penzina lelaki dan perempuan yang merdeka, berakal dan yang masih bujang atau dara yang masih belum berkahwin adalah disebat dengan seratus sebatan setiap seorang. Hikmah memulakan hukuman keatas perempuan dalam kes zina dan memulakan hukuman keatas lelaki ketika kes mencuri adalah kerana kes zina selalunya terjadi disebabkan oleh golongan perempuan yang boleh mengaibkanya lebih daripada lelaki dan lebih memberi kesan keatasnya, manakala dalam kes mencuri pula selalunya berlaku keatas orang lelaki kerana mereka lebih berani dan lebih merbahaya daripada orang perempuan dalam melakukan perkara itu maka didahulukan orang lelaki daripada orang perempuan.
Pada zahir ayat ini menerangkan akan ketetapan hukuman keatas penzina –penzina iaitu 100 sebatan rotan tetapi telah ditetapkan di dalam Sunnah yang Qat’ie dan penzina yang belum berkahwin dan yang telah berkahwin. Adapun hukuman bagi penzina yang telah berkahwin ialah direjam dengan batu sehingga mati mengikut Sunnah secara lisan dan perbuatan. Telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Mas’ud Bahawasanya Nabi Muhammad salallahualaihi wasalam telah bersabda:
“Tidak halal darah orang-orang Islam kecuali belarkunya salah satu daripada tiga perkara iaitu orang yang telah berkahwin berzina, orang yang membunuh dengan sengaja dan keluar daripada agamanya juga berpecah daripada jamaah orang-orang Islam”
Perlu diingatkan. Hukuman ini tidak terkecuali sama ada dia buat ditempat awam atau pun didalam tempat yang tertutup!!! Takkan itu pun dia tak faham jugak!!!

Ps: Untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan dengan hukum ni, korang boleh baca kat sini. Lepas tu tolong bagitau sikit kat Si Ketua Penipu tu supaya dia jangan terus menyesatkan orang!!!
Categories: , , ,

4 ulasan:

  1. Takkan la sayangku yang pernah di dalam ABIM tu tak tau.Dia tu bukan saja hanya tau membontot tau?

    BalasPadam
  2. Sama samalah kita tengoh apakah kesudahannya .. aku yakin Allah pasti menunjukkan kekuasaannya di dunia, apatah lagi sebagai "Maalikiau mid deen", berani sungguh dia menipu Allah !!!

    Jangan lupa tentang liwat dan zina yg dikaitkan dengan dia .. pastikan isu ini tidak dimatikan dengan isu isu lain !!

    Al Juburi cukup bijak menimbulkan isu baru yang berat untuk menutup isu lama yang lebih besar

    BalasPadam
  3. BOLEHLAH RUJUK DENGAN PAK NIK SEKALI ESOK.

    BalasPadam
  4. Apa perlunya ia berkata itu semua kepada 'Tempo' kalau tidak kerana mahukan sokongan dan undi dari populasi para 'gay' yg semakin meningkat jumlahnya, terutama di kalangan anak muda?

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping