Jumaat, Februari 10, 2012

Perangkaan di Selangor menunjukkan sejak 2005, penggunaan air oleh penduduk negeri ini meningkat sebanyak 3.5 peratus setahun dan kadar itu dijangka bertambah setiap tahun dengan peningkatan bilangan penduduk dan industri, katanya.
"Untuk 2012, keperluan air dijangka meningkat ke 4,354 juta liter sehari pada penghujung tahun dan kapasiti bekalan air semasa adalah 4,326 juta liter sehari," katanya.
Jika Loji Langat 2 dibina, katanya kapasiti bekalan air bersih dapat ditingkatkan sebanyak 1,130 juta liter sehari dan bakal mampu menampung permintaan bekalan air bersih di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Menurutnya kerajaan negeri Selangor semasa di bawah BN sudah menjangkakan peningkatan keperluan air mentah dan bagi mengelakkan daripada krisis air di Lembah Klang, ia mengambil langkah untuk membina Loji Langat 2 bagi memproses bekalan air mentah dibeli dari Pahang. - mStar Online
Diatas merupakan satu kenyataan yang dibuat oleh ADUN Batang Kali, Datuk Mohd Isa Abu Kassim mengenai krisis air di Selangor.

Soalnya sekarang ni bukan pasal isu air di Selangor. Umum tahu bahawa projek Loji Langat 2 ni juga turut melibatkan Kerajaan Negeri Pahang.

Pembinaan terowong dan juga empangan bagi tujuan tersebut telah dilaksanakan dan sedang dalam pembinaan pada ketika ini.

Bermakna, sudah lebih separuh daripada pembinaan tersebut berjalan menggunakan peruntukan dan kewangan Kerajaan Negeri Pahang.

Sekiranya pihak Kerajaan Pakatan Pembangkang di Selangor sengaja melengah - lengahkan pembinaan Loji Langat 2 dipihak mereka, maka segala peruntukan itu hanya merugikan.

Dalam erti kata lainnya, duit rakyat Negeri Pahang ni telah dihanguskan oleh sebuah Kerajaan yang kononnya nak membantu rakyat.

Jadi, tak salah kalau rakyat di Negeri Pahang ni menyalahkan Si Khalid Gagap tu kerana telah mengabihkan duit mereka dengan sia - sia.

Adakah orang PAS di Pahang ni nak tengok je duit mereka dileburkan begitu sahaja? Adakah PKR Pahang juga akan terus berpeluk tubuh?

Sampai hari ni, tak de pulak diorang sibuk nak buat demonstrasi dan menyerahkan memorandum kepada Kerajaan Negeri Selangor bagi menyelesaikan perkara ini?

Mana perginya suara Si Fuziah Thoron dan suara Pak Berahim dalam hal ni? Diorang berdua dah jadi bisu ke? Dah jadi buta sampai tak nampak isu ni?

Padahal diorang beria - ia sangat marah bila pihak Kerajaan dituduh menyalah-gunakan duit rakyat dan sebagainya. Tapi benda besar macam ni, diorang buat - buat buta pulak ke!!! Jadi, lepas ni jangan bising la kata Kerajaan Negeri tak de duit dan sebagainya!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping