Jumaat, Februari 10, 2012


Beberapa Pas kawasan di Kedah mendesak pihak luar termasuk pemimpin dalam kalangan rakan Pakatan supaya tidak lagi mendesak tindakan diambil terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berhubung isu Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku).

Sumber dalaman parti itu berkata, jika desakan terus dibuat, Pas Kedah tidak teragak-agak membuat desakan sama, namun membabitkan isu berbeza.

“Jika pemimpin PKR atau DAP terus desak pimpinan Pusat ambil tindakan terhadap Azizan, walaupun selepas Pesuruhjaya Pas Kedah itu membuat penjelasan, Pas juga boleh buat tindakan sama atas isu berbangkit yang menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap rakan pakatan itu. Namun atas dasar persefahaman, kita ketepikan,” katanya.

Sebelum ini, Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad dan bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Abdul Aziz Bari menggesa pakatan pembangkang mengambil tindakan terhadap Azizan berhubung penggantungan penuntut Kolej Universiti Insaniah (Kuin) yang didakwa bercanggah dengan kandungan Buku Jingga.

Isu Kuin dikatakan menjadi ‘senjata baru’ kepada kelompok tertentu yang cuba menjatuhkan Azizan daripada kerusi Menteri Besar Kedah.

Azizan juga dikatakan tidak disenangi beberapa pemimpin PKR dan DAP kerana dilihat melakukan beberapa tindakan yang dianggap boleh merugikan pakatan pembangkang.

Sumber berkata, pihak luar tidak wajar campur tangan dalam isu pentadbiran Kedah, kerana Pas Kedah tidak pernah mencampuri isu dalaman negeri lain.

“Jika mereka terus menekan Azizan, kita boleh desak parti buat keputusan drastik dengan ambil kerusi PKR yang wakil rakyatnya lompat parti. Kita ada alasan kukuh demi pertahan Pakatan Rakyat (PR) Kedah. Bolehkah mereka terima jika kita bertegas,” katanya. - SH
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping