Sabtu, Februari 18, 2012


Ish! Ish! Ish! Kesian jugak Semut tengok Datuk Dr. Hassan Ali ni. Punya lama dia dalam politik, baru ini dia nak sedar benda ni berlaku?

Tapi tahan jugak la dia dah sedar. Yang puak - puak Pakatan Pembangkang terutamanya dari kalangan PAS tu masih jugak tak sedar diri menda jadahnya?

Diorang masih jugak nak sokong Si Ketua Penipu tu walaupun dia jelas telah menghalalkan maksiat dan penzinaa. Cuma, kata dia jangan buat ditempat awam.

Mungkin, kalau buat ditempat yang tertutup, maksiat dan penzinaan tu tak dikira sebagai satu dosa gamaknya. Itu la hukum baru yang dibawak. Maklum la, Anu-Gay-Rah la katakan!!!
KUALA LUMPUR: Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hasan Ali berkata terdapat pemimpin kerajaan Selangor termasuk daripada Pas sendiri menerima perbuatan maksiat oleh umat Islam sebagai satu cabang hak asasi manusia.
Beliau berkata dalam tempoh lebih tiga tahun menjadi anggota exco menjaga hal ehwal Islam kerajaan Selangor, beliau cuba menegakkan Islam melalui peruntukan enakmen syariah negeri terhadap orang Islam tetapi mendapat bantahan kuat daripada DAP dan PKR, dua parti yang bersama Pas membentuk kerajaan negeri Selangor.
"Mereka memberi alasan apa yang saya buat bertentangan dengan prinsip hak asasi, kebebasan untuk buat pilihan dan ada yang menyatakan apa salahnya siang-siang sudah teruk bekerja dan biarlah malam dia melakukan sesuatu yang melegakan dengan girlfriend," katanya semasa ditemuramah dalam program bual bicara Helo Malaysia BernamaTV di saluran 502 Astro malam Jumaat.
Sesi selama satu jam itu dikendalikan bersama oleh Timbalan Ketua Pengarang Bernama Datuk Zulkefli Salleh dan kolumnis "Cuit" akhbar Utusan Malaysia Datuk Zaini Hassan yang juga Penolong Ketua Pengarang akhbar itu.
Hasan berkata bahawa dalam urusan pembangunan, beliau mendapat kerjasama cukup baik daripada rakan-rakan dalam kerajaan negeri tetapi dalam perkara-perkara untuk menegakkan Islam tentangan yang diterima amat kuat.
Ketika ditanya tidakkah beliau mendapat sokongan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam urusan Islam, Hasan berkata:
"Saya tidak boleh letakkan percentage pada ketua saya, tetapi apa yang saya boleh katakan dalam hal-hal sedemikian saya tidak dapat sokongan padu daripada atas dan teman-teman exco yang lain...bila tentang Islam, memang banyak halangan".
Hasan, yang dipecat oleh Pas kerana didakwa melakukan perbuatan yang menjejaskan kepentingan parti, berkata prinsip sangat penting dalam perjuangan beliau dan kerana itu beliau sanggup mengorbankan jawatannya untuk menegakkan Islam, Melayu dan Raja.
"Apa yang berlaku pada saya adalah di luar aspek konvensional di mana saya digugurkan bukan kerana salah guna kuasa, tidak bermoral, minum atau liwat tetapi saya dipecat kerana hendak tegakkan Islam, martabatkan Melayu dan nak tegakkan institusi raja," katanya.
Categories: , , ,

10 ulasan:

  1. salam,

    tu orang yg cerdik, baru sedar. tu pun selepas kena pecat. kalu tak kena pecat, dok macam tu juga la. masih lagi dok mimpi. apa yg hasan ali boleh buat ? setakat cakap dan letih mulut serta kering air liur aje la. pemimpin pas yang lain masih lagi menyokong maksiat dihalalkan demi undi. mana ada pemmpin besar pas sokong hasan ali ikut sama letak jawatan tanda protes. demi mu undi, akan ku jual agama kerana kuasa.

    nak sedarkan rakyat ? ramai rakyat dah sedar pun. ahli pas aje yang tak mau sedar. dalam hati penuh dengan benci, iri hati, busuk hati dan sebagainya, sehingga sakit hati dengan umno.

    BalasPadam
  2. alhamdulillah...

    nasib baik kena pecat sebab bila dipecat akan mendapat nikmat dan kesedaran oleh ALLAH TAALA ttg kebenaran...

    kepada puak penyokong pas dan pkr serta dapigs...
    korang semua meme haram jadah la...

    dah terang lagi bersuluh bangsat dap toloak islam dan al juburi ni lagi over sebab kata kat tempat tersembunyi tak pa...

    ALLAH MAHA MELIHAT...

    PEJUANG HAMAS...

    BalasPadam
  3. Dah bertahun2 jadi ADUN Pas, Ahli Parlimen Pas...; baru sedar rupa2nya parti yang dia masuk tu parti kuat menipu..?

    BalasPadam
  4. Korang jer yg belum sedar. Hassan Ali penipu besar. Pandai buat hutang tapi tak pandai bayar.

    Awas jangan tertipu macam tipah

    Tipah tertipu, tertipu tipah...

    BalasPadam
  5. anom 4:42 yang masih lagi membenarkan akalnya diliwat olih nwar dan geng parasit.

    BalasPadam
  6. demi undi dan kuasa , aku redha ugama aku dan iman aku di gadai.

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama 4:42 - sila buktikan dgn dokumen2 yg sah jika tidak anda boleh jatuh dlm dosa memfitnah!

    BalasPadam
  8. Bukan dia duduk lama baru sedar kena tipu. PAS dulu zaman Allahyarham Ustaz Fadzil Noor tak macam hari ini.

    Hassan Ali pernah lantang semasa isu arak, tapi kita kena ingat, dalam PAS ada baiah. So, dia pun tahu hukum hakam mengangkat baiah. Sebab itu dia lebih rela dipecat dari keluar parti, sebab sebab keluar parti boleh kira langgar baiah.

    BalasPadam
  9. PEGI MATI LAH KORANG...ORANG TU MULA2 MASUK PR LANGSUNG TAKDAK LIPUTAN.....LA NI DIA DOK ADA MASAALAH NGAN PR WAHHHHHHH....SUMA KORANG PUNYA SALURAN TV BALACI DOK RANCAK TAYANG DIA..YANG ELOK2 DALAM PR TAKMO TAYANG..YANG BURUK..BEGADUH SUMA PAKAT DOK TAYANG.APA PUNYA MEDIA TU??...KORANG SUMA YANG BODOH LAGI BENGAP NI BANYAK MAKAN TAIK KA??...DULU DIA UMNO....KELUAR..APA SEBAB???....ADA DIA CITA KA?....DIA MASUK PR...PUN DIA KLUAR....KORANG CAKAP PR BUAT SALAH NGAN DIA...KIRA DULU DIA KLUAR UMNO SEBAB UMNO ADA BUAT SALAH NGAN DIA KA???...TU LA PIKIR PAKAI OTAK LA...JANGAN SEBAB TGK TV KORANG SUMA JADI BODOH TAHAP BEBAL...BILA NIK AZIZ DORANG BELA KORANG CAKAP NIK AZIZ TU BUKAN MAKSUM...TETAP MANUSIA DAN ADA BUAT DOSA...APA PAK PM NAJEEB TU TAKDA BUAT DOSA KA?....KIRA DIA PM SO DOSA DIA BOLEH TERIMA LA..BODOH..BANGANG..BENGAP BEBAL..TU LAH YANG BOLEH DI UMPAMAKAN KORANG SUMA NIH...BILA KAT ORANG SUMA JAHAT..KAT SENDIRI SUMA BAIK...

    BalasPadam
  10. dulu masa dato hasan ali masih dlm umno dia ada buat ceramah kat tempat aku.dia banyak memperkatakan pasal maksiat.lepas tu aku dengar dia masok pas pulak.aku rasa bila dia dah berada dlm pas dia mesti bekerja keras membenteras maksiat.tiba tiba tersiar ditv3 yang dia bermasaalah dgn pas dan akhirnya dia dipecat dari pas.sebabnya nak benteras murtad.aku terperanjat sikit.aku mula pelik sebab pas adalah sebuah parti yang memperjuangkan islam.tapi bila dato hasan ali nak membenteras murtad kenapa pas pertikaikan dan pecat dia pulak?.jadi sekarang ni baru aku faham pas berjuang untuk apa.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping