Sabtu, Februari 18, 2012


PETALING JAYA - Pihak stesen televisyen TV3 kecewa apabila hampir semua pemenang Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26) tidak menghadirkan diri pada acara sambutan kemenangan mereka dan penyampaian cek.
Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar berkata dia agak terkilan dengan ketidakhadiran para pemenang kerana majlis tersebut diadakan bertujuan bagi meraikan para pemenang.
"Saya pun tak boleh nak cakap apa. Diakui saya kecewa apabila mereka tidak hadir sedangkan majlis ini adalah untuk mereka.
"Yang hadir hanyalah wakil daripada syarikat pengurusan masing-masing. Bagaimanapun, pihak kami tak boleh nak buat apa-apa kerana mereka memberi alasan mempunyai komitmen lain," katanya yang ditemui pada majlis penyampaian cek kepada pemenang AJL26 di Sri Pentas,di sini, Jumaat.
Bagaimanapun tambah Ahmad Izham, ketidakhadiran para pemenang tidak menjadi masalah kepadanya kerana kru-kru produksi turut diraikan pada majlis itu.
Pada majlis tersebut pemenang yang hadir hanyalah penyanyi Alyah serta komposer lagu Awan Nano M.Nasir dan Budi Hekayat (penulis lirik). Selain itu, pengarah muzik, ramli MS turut hadir memberikan sokongan.
Ahmad Izham telah menyampaikan cek kepada semua pemenang dan wakil pada acara yang telah berlangsung pada 29 Januari lalu di Stadium Putra Bukit Jalil.
Ps: Dari berita yang Semut dengar, penulis lagu Awan Nano tu nak letak jawatan sebagai Ketua Cabang PKR yang disandang sekarang ni.
Mungkin dia pun kecewa sebab tak dapat jadi calon wakil rakyat dalam PRU akan datang kot. Mana tau. Perangai orang PKR ni lebih kurang sama je semuanya.
Di Pahang ni ada dah Ketua Cabang yang 'frust' menonggeng sebab tak di senaraikan. Jadi, sebab tu la dia tak ambik peduli lansung dengan masalah rakyat di tempat dia.
Kalau dia ambik tau pun, dah tentu dia akan mengabihkan masa je. Lagi pun, PKR ni buat kerja bukan untuk rakyat!!! Tapi diorang buat untuk diri sendiri!!!
Categories: , , ,

5 ulasan:

  1. hahaha....bila penipu mengatakan orang lain menipu utk menutup penipuan.....UMNO - Dulu, Kini dan Selamanyyer penipu......

    BalasPadam
  2. prg PKR lagi bongok..mati2 kena kencing ngan anwar..jelas2 dia layan Chinadoll..lagi mau percaya itu penzina..

    BalasPadam
  3. Btol2...hahaha...allahhuakhbar...hanya allah yg tahu baik dlam..

    BalasPadam
  4. Btol2...hahaha...allahhuakhbar...hanya allah yg tahu baik dlam..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping