Teman tak mau komen panjang! Mike baca sendirilah yop! Tapi ingat, ni bukan cerita Negeri Pasir Berdengong dibawah pemerintahan Raja Jason King dalam cerita DoReMi!
Semasa teman masih lagi Ahli Parlimen PKR, teman sudah mendengar kisah saperti ini, dan bagaimana rancangan dibuat untuk "mengaut sebanyak boleh hasil masyhul negeri Selangor".
Cuma teman tidak menjangka ianya begitu serius saperti yang didedahkan oleh RPK ini!
Sekiranya apa yang didedahkan oleh RPK ini benar, pihak berkuasa saperti SPRM, PDRM dan lain-lain wajib membuat siasatan terperinci mengenai pendedahan oleh RPK ini kerana disandarkan dengan bukti-bukti yang meyakinkan.
Dan jika ada kesalahan jenayah, tindakan wajib diambil terhadap para "parasit pasir" ini yop!
Teman ni biasanya kurang sikit nak merujuk pendedahan dunia cyber, tetapi pendedahan RPK kali ini agak berlainan dari yang terdahulu! Sekurang-kurangnya ia memerlukan pihak berkuasa membuat penyiasatan untuk menentukan kesahihannya!
Jika sahih, pihak berkuasa wajib mengambil tindakan pendakwaan segera! Jika tidak, mereka yang dinamakan oleh RPK wajib mengambil tindakan membersihkan nama mereka! - Baca seterusnya, klik kat sini.
Ps: Siasat, jangan tak siasat! Dah banyak kali dah kita dengar cerita ni. Tapi, tak de jugak tindakan yang diambil. Kalau ada bukti, dedahkan. Jangan setakat main cakap je!!!
Published with Blogger-droid v2.0.4
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.