Khamis, Februari 09, 2012



Bila baca kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengarah Strategi Parti Kencing Rakyat ni, nampak sangat yang dia cuba mengelak dari menjawab soalan tersebut.

Dengan kaedah 'cliche' yang biasa digunakan oleh pemimpin Politik, Si Rafizi ni hanya menjawab soalan dengan soalan sahaja. Itu pun untuk menyembunyikan perkara sebenar.
PETALING JAYA: Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli berkata kes rasuah, curi pasir dan pembunuhan berprofil tinggi yang didakwa sebagai isu besar di Selangor oleh Pengarah Eksekutif NFCorp, Wan Shahinur Izmir Salleh adalah isu lama.
Tetapi katanya, jika ada bukti baru tentang kesemua isu yang dikatakan berlaku di Selangor itu, sila hantar kepadanya dan beliau sendiri akan meminta kerajaan negeri menyiasatnya.
Malah kata Rafizi lagi, kerajaan negeri Selangor sentiasa bersikap terbuka untuk mana-mana pihak yang bertanggungjawab menjalankan siasatan berterusan terhadap mereka yang didakwa terbabit dengan sebarang kes penyelewengan di negeri itu.
"Kerajaan negeri telah bersikap terbuka untuk sesiapa sahaja menjalankan siasatan terhadap kes-kes tersebut.
"Polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bebas membuat siasatan, malah stesen TV pun ada yang sudah siasat," katanya ketika dihubungi mStar Online.
Menurut Rafizi, adalah tidak wajar untuk Wan Shahinur atau pihak tertentu untuk menyamakan kes-kes tersebut dengan isu Perbadanan Fidlot Nasional (PFN) yang baru dan mendapat perhatian rakyat.
"Isu PFN adalah isu baru yang tidak pernah ada cubaan untuk mendedahkan menyelewengannya sebelum ini.
"Berbeza, sampai tak ada keterbukaan dalam siasatan (bongkar penyelewengan). Kita pula yang kena upah penyiasat persendirian," jelasnya.
Kalau dalam isu NFC, dia sanggup mengeluarkan belanja bagi membiayai penyiasat persendirian, kenapa dalam isu Pasir di Selangor dia tak buat?

Sewaktu isu tu hangat diperkatakan, dia tak de pulak sibuk - sibuk nak buat pendedahan dan sebagainya. Malah sekarang, dia minta orang lain pulak bagi dia bukti.

Apa kejadahnya dia tak nak buat siasatan sendiri? Dah dia mampu bayar penyiasat persendirian untuk siasat kes NFC, kenapa dia tak sanggup nak bayar bagi isu Pasir ni?

Nampak sangat yang puak - puak Pakatan Pembangkang ni hanya sekadar tahu nak memutar belitkan isu dengan mengatakan ianya isu lama dan sebagainya.

Kalau betul dia nak menegakkan Kebenaran, dari dulu lagi dia dah korek cerita pasal penyelewengan pasir yang berlaku di Selangor!!! Bukan bila orang kembali mempersoalkannya sekarang, baru dia nak bukak mulut!!! 
Categories: , , ,

3 ulasan:

  1. Pakatan memang SIAL!

    BalasPadam
  2. Pakatan ramai jambu2 jantan sundal

    BalasPadam
  3. Kumpulan Semesta Kelam Kabut Buang Nama Syarikat Yang Ada Kaitan Dengan Adun PKR:

    http://www.selangordaily.com/?p=3697&utm_medium=twitter&utm_source=twitterfeed

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping