Ahad, Februari 19, 2012

Pengerusi KITA Cawangan Pahang

SEREMBAN – "Kami sudah letih dengan Zaid, ditambah dengan sikapnya yang lebih pentingkan agenda peribadi," kata Pengerusi Parti Keadilan Insan Tanah Air (Kita) Negeri Sembilan, Sri Sanjeevan.

Sanjeevan berkata demikian bagi mendesak Datuk Zaid Ibrahim meletak jawatan sebagai presiden berikutan hasratnya mahu membubarkan parti itu.

Katanya, pihaknya tidak akan sesekali membiarkan parti itu dibubarkan, bahkan akan mempertahankan parti itu dan meneruskan perjuangan walaupun tanpa Zaid.

“Kita mendesak supaya Zaid berundur kerana beliau sudah tidak layak untuk diangkat sebagai presiden parti lagi dengan tindakannya membelakangkan parti,” katanya.

Menurutnya, pihaknya mengakui parti ini masih lagi ‘mentah’, namun ia tidak sedikit pun menjejaskan perjuangan asal parti dengan ahli sedia ada.

“Sekarang tiada sebarang masalah serius sehingga boleh menyebabkan pembubaran parti.

"Di peringkat kepimpinan negeri pun langsung tidak timbul masalah, begitu juga di kalangan ahli, tetapi sebaliknya apa yang berlaku ialah kegagalan Zaid dalam mentadbir parti dengan baik,” katanya kepada pemberita pada sidang media di sini, hari ini.

Sanjeevan berkata, sudah tiba masanya Zaid berundur kerana beliau kini secara tidak langsung dilihat mengabaikan tugasnya sebagai presiden.

Menurutnya, desakan supaya Zaid meletak jawatan dicapai pada beberapa siri rundingan dengan pengerusi Kita Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Kelantan, bulan lalu. Sehingga kini, seramai 300 ahli berdaftar di bawah Kita di Negeri Sembilan.

Published with Blogger-droid v2.0.4
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. DALAM UMNO ZAID NI HAMPAS...
    DALAM PKR ZAID NI PETUALANG...
    DALAM KITA ZAID NI PEROSAK...

    PADAN MUKA SAPA YG PERNAH SOKONG ZAID TAK GUNA NIE...

    PEJUANG HAMAS...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping