Wah!!! Mungkin puak - puak Pakatan Pembangkang ni dah dapat satu sindrom gamaknya. Sindrom takut nak bertanding tempat sendiri.
Kalau sebelum ni, kecoh cerita pasal Si Nurul Izzah tu nak lari dari terus kekal bertanding dikawasan Lembah Pantai.
Kali ni, penyakit tu dah berjangkit pulak dekat Si Pak Berahim, Pesuruhjaya PAS Pahang. Dengar kata, dia pun nak angkat kaki jugak.
Dulu, menjadi kebiasaan dia bertanding dikawasan DUN Jengka. Tapi, kali ini, ada ura - ura dia akan berpindah ke tempat lain. Kenapa dia nak tukar angin?
Mungkin sebab dia tak dapat nak jawab isu pasal dia pajak tanah peneroka di Felda Jenka hari tu. Jadi, sebab itulah dia nak pindah kawasan.
Itu lah. Kan Semut dah cakap. Perangai puak - puak Pakatan Pembangkang ni sama je sebenarnya. Cerita la pasal sapa pun, akhirnya serupa je semuanya. Perangai tak berubah. Macam 5 x 2 = 12 - 2 je!!!
KUANTAN – Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man masih berteka-teki sama ada akan kembali bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Jengka atau memilih kerusi lain pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Menurutnya, setakat ini beliau masih tidak boleh memberikan jawapan walaupun senarai nama telah dihantar ke peringkat pusat.
“Setiap calon yang layak sememangnya akan disenaraikan untuk diketengahkan termasuklah nama saya pun ada di mana-mana, cuma belum menerima kata putusnya lagi.
“Semua terserah kepada jawatankuasa parti di peringkat pusat yang akan mempertimbangkan di bahagian mana lebih tepat untuk diletakkan.
“Dengan itu, saya masih belum tahu dan kita tunggu sedikit masa sahaja lagi,” kata Ketua Penerangan Pas Pusatini kepada Sinar Harian.
Tuan Ibrahim berkata, walaupun beliau dan keluarga bermastautin di kawasan Jengka tidak semestinya beliau bertanding lagi di kerusi berkenaan pada PRU-13.
“Sememangnya ada juga permintaan memandangkan segelintir pengundi sekarang ini menginginkan calon untuk dijadikan pemimpin merupakan orang tempatan atau berasal dari kawasan tersebut.
“Saya masih belum pasti tapi ia berkemungkinan juga memandangkan tempat itu merupakan tempat saya dan keluarga juga ada di sana. Mungkin ya dan mungkin juga tidak untuk saya kembali ke Jengka, memandangkan saya juga mendapat permintaan bertanding di tempat lain.
“Sesiapa sahaja boleh bertanding di mana-mana dirasakan memandangkan perjuangan parti untuk rakyat adalah sama sahaja,” katanya. - Sinar Harian
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.