PELBAGAI tohmahan dilontarkan kepada pelakon Norish Karman selepas dia melalui kehidupan sebagai ibu tunggal. Ada yang mendakwa pelakon asal Singapura itu membawa diri ke Bali, Indonesia akhir 2011, gara-gara mahu menyembunyikan diri lantaran berbadan dua.
Sedang dibebani dengan masalah tidak berkesudahan akibat perceraian bersama bekas suami, Datuk Hashimuddin Abdul Kadir yang belum selesai, cerita-cerita terbaru ini menghangatkan lagi namanya yang sedikit suram kebelakangan ini.
Jika sebarang perempuan, sudah pasti tewas dengan keadaan apabila satu demi satu dugaan besar melanda.
Namun Norish atau nama sebenarnya Nor'Asikin Karman, 37, bukan sebarang wanita. Malah, dia berjaya bangkit dari kemurungan dan mampu menjalani kehidupan seperti biasa.
Menurut Norish yang kini mahu dikenali sebagai NK, kekuatannya terletak kepada enam pasang mata yang ditatap setiap hari.
Sebagai ibu, NK berkata, biar seteruk mana permasalahan yang melanda diri, dia perlu tampil sebagai wanita perkasa di hadapan anak-anak, iaitu Muhammad Haqiem Amany, 13, Muhammad Hady Amieran, 9, dan Nur Hanyz Amanda, 8.
"Bohonglah kalau saya kata sepanjang berhadapan dengan masalah, air mata ini tidak pernah keluar. Saya bukan robot yang tidak punya perasaan.
"Saya sering menangis tapi tidak di hadapan anak-anak atau orang lain. Kalau anak-anak melihat ibu mereka lemah, sudah pasti mereka juga turut terkesan.
"Setakat ini, alhamdulillah, saya dapat mengharungi segala keperitan. Saya perlu kuat untuk orang tersayang," katanya panjang lebar.
Sedikit pun tidak tergugat dengan permasalahan, NK yang baru-baru ini hadir di Utusan Malaysia untuk segmen Chat Bersama di Utusan Online, sambil ditemu bual sempat membuat lawak jenaka.
Dari raut wajahnya tidak terlihat langsung yang dirinya sedang berhadapan dengan masalah dalaman.
Katanya, hidup mesti diteruskan biar apa yang berlaku kerana di hadapan sana sentiasa ada sinar yang menerangi kehidupan setiap insan.
"Biarlah orang hendak kata apa tentang diri saya, kerana saya lebih senang mengambil sikap berdiam diri. Segala umpatan itu adalah pahala untuk saya.
"Orang hanya boleh menulis, menyebar gosip dan membuat spekulasi.
"Sedangkan yang tahu kedudukan cerita sebenar adalah saya. Bagi saya, bila orang sudah bosan mengata tentang saya, pasti mereka akan berhenti dengan sendirinya.
"Maka itulah, saya lebih senang berdiam diri dan bersuara hanya bila perlu sahaja," katanya.
Ps: Itu kalau dakwaan yang tak de kena mengena dengan maruah diri dan keluarga. Kalau ianya ada kaitan, maka perlu diambil tindakan.
Kalau ianya tak diambil tindakan, maka DAYUS hukumnya. Orang yang DAYUS ni pulak perlu dijauhkan dari masyarakat.
Apa pun, kita doakan yang terbaik buat Si Norish Karman ni agar dia dapat berubah kepada insan yang lebih baik.
Jangan dia jadi macam Si Ketua Penipu tu sudah la. Semua dakwaan yang dilemparkan kepada dia semuanya hanya memalukan dan mengaibkan nama keluarga.
Orang suruh dia saman, tapi dia tak nak. Pemimpin menda jadahnya kalau macam tu? Tak bangga lansung kalau dapat pemimpin DAYUS macam Si Ketua Penipu tu. Buat mengabihkan masa je!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.