Nampak gayanya, puak - puak Parti Angguk Saja ni dah berada dalam keadaan Dilema sekarang ni. Diorang ternyata dah terperangkap.
Yang mana satu yang bakal menjadi pilihan mereka? Adakah mereka akan tetap menyokong pendirian yang dibuat oleh MB Kedah mengenai KUIN dan AUKU?
Atau adakah mereka akan tunduk kepada puak - puak Mahasewel yang mengagung - agungkan Kitab Jinggay yang diwahyukan oleh Si Ketua Penipu tu?
Yang budak - budak Mahasewel tu pun satu hal jugak. Diorang nak orang hormat pada perjuangan diorang.
Tapi dalam masa yang sama, diorang sendiri tak reti nak hormat orang lain. Jadi, orang lain nak ikut cakap diorang, menda kejadahnya pulak!!! Lagi pun, diorang ni lupa yang Buku Jinggay tu bukan Al - Qur'an!!!
SHAH ALAM - Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menegaskan pihaknya sudah bersiap untuk menggerakkan protes besar-besaran di hadapan Wisma Darul Aman Alor Setar pada 19 Februari ini jika Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak terus mempertahankan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996, yang didakwa mengekang kebebasan pelajar.Pengerusi SMM, Ahmad Syukri Ab Razab berkata, pergerakan itu mengharapkan agar kepimpinan tertinggi Pas dapat menimbang tara dengan sebaik mungkin tuntutan yang dikemukakan oleh mahasiswa.Hari ini SMM meletakkan tiga tuntutan berhubung isu membabitkan Kolej Universiti Insaniah (Kuin)."SMM juga mengharapkan agar pertemuan antara pimpinan tertinggi Pas dan MB Kedah nanti bakal menghasilkan keputusan yang positif," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.Pertemuan Pas Pusat dengan Azizan dijangka berlangsung 12 Februari ini bagi mencari penyelesaian terbaik terhadap isu semasa. Pada tarikh itu juga Pas Pusat akan mengadakan mesyuarat jawatankuasa kerja.Ahmad Shukri berkata, SMM menyambut baik kesungguhan pimpinan tertinggi Pas yang akan memanggil Azizan bagi mencari solusi terbaik terhadap isu semasa."SMM tegaskan bahawa mahasiswa masih berpegang pada premis perjuangan yang sama iaitu menentang akta zalim Auku dan sebarang akta yang serupa seperti Akta 555, Akta 174, dan Akta 173."Kesemua akta ini bersifat menyekat peluang aktivisme mahasiswa seperti yang terkandung dalam Seksyen 15 Auku dan Seksyen 47 Akta 555."Akta ini juga menjadikan IPT seolah-olah hamba pemerintah apabila bidang kuasa yang dimiliki oleh menteri adalah terlalu besar," katanya lagi."Perkara ini telah kami bawa kepada pihak yang lebih berautortiti iaitu Kerajaan Negeri yang diterajui oleh Dato Seri Azizan Razak," katanya lagi.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.