Wah!!! Tergamam jugak Si Ketua Penipu tu mendengar cerita ni. Semut pun macam percaya tak percaya jugak bila ianya disampaikan oleh sahabat Semut.
Dengar kata, salah seorang pemimpin kanan Pakatan Pembangkang di Pahang ni ada skandal dengan seorang wanita.
Khabarnya, pemimpin tu selalu bawak wanita ni ke Majlis - Majlis dan acara - acara tertentu dengan keadaan yang cukup mesra.
Teman - teman rapat kepada pemimpin tu kata, wanita tersebut bukannya isteri dia. Diorang pun baru tengok muka wanita tersebut yang masih kekal misteri sampai hari ni.
Khabar dari sahabat Semut tu lagi, bukan setakat ke majlis - majlis je pemimpin tu bawak wanita ni. Malah sampai ke bilik hotel segala!!!
Fuh!!! Hebat jugak pemimpin Pakatan Pembangkang ni. Tapi, apa nak pelik ye tak. Kalau dalam Pakatan Pembangkang tu ada skandal, ianya perkara biasa.
Kot Si Ketua Penipu tu balun Chinadoll pun diorang boleh tutup mata, inikan pulak kalau setakat ada skandal macam ni.
Macam kata pepatah Melayu la. Kalau dah kepalanya ular, takkan badan dia boleh jadi kambing kot???
Cuma persoalannya sekarang, adakah apa yang disampaikan ini benar? Sahabat Semut tu pun tak nyatakan nama pemimpin terbabit.
Jadi, terpulang la kepada siapa yang termakan cili tu nanti. Kot dia terasa pedas, jangan salahkan Semut. Bukan Semut yang bagi dia makan cili tu.
Tapi, itu benda yang tak sahih. Yang sahihnya, Si Ketua Penipu tu perlu jelaskan kepada rakyat, kenapa sampai sekarang ni dia tak ambik tindakan terhadap Datuk Eskay?
Apa yang dia takut sangat nak saman Datuk Eskay diatas pendedahan yang dibuat mengenai video seks dia dengan Chinadoll tu?
Kalau betul ianya hanya sekadar fitnah yang sengaja direka, saman la!!! Dia tunggu apa lagi!!! Nak tegakkan Kebenaran demi maruah diri dan keluarga pun dia takut ke?
Pemimpin jenis apa kalau penakut macam tu? baik dia duduk rumah, main dengan cucu lagi baik!!! Ada jugak faedahnya dari menyusahkan orang!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.