Isnin, Februari 20, 2012

Rektor Kuin didesak letak jawatan

Atas desakkan dan amaran yang diberikan oleh pemimpin - pemimpin PAS kepada puak - puak Mahasewel, maka diorang sekarang dah alih sasaran.

Dulu, diorang sibuk serang Menteri Besar Kedah, Datuk Azizan Razak kerana enggan mengambil tindakan ke atas KUIN dengan pelbagai kecaman.

Sampai ada dikalangan mereka yang menggelarkan Tok Jan dengan gelaran 'Bebal' dan 'Sombong' kerana tidak mahu menuruti kehendak mereka.

Tapi sekarang, mereka jadikan Rektor KUIN pulak sebagai sasaran terbaru dengan mendesak beliau agar segera meletakkan jawatan.

Hakikatnya, bukan Tok Jan tu yang Bebal. Tapi, budak - budak yang menjadi lembu Pakatan Pembangkang ni yang BEBAL sebenarnya.

Kot ye pun diorang nak sokong isi kandungan Al - Kitab Buku JingGay tu, tunggu la kucing bertanduk dulu. Masa tu boleh la korang nak buat sesuka hati.

Kalau dah salah tu, tetap salah la jugak. Mak Bapak korang hantar pergi belajar, bukan suruh korang terlibat dalam Politik. Belajar je tinggi - tinggi, tapi jangan la bodoh pun bertingkat - tingkat!!!
ALOR SETAR - Rektor Kolej Universiti Insaniah (Kuin), Profesor Datuk Dr Jamil Osman didesak meletak jawatan kerana didakwa gagal menangani pelbagai isu melibatkan kebajikan penuntut pusat pengajian tinggi itu.



Tahun lalu, Kuin mengambil tindakan disiplin ke atas enam penuntutnya dan ia menjadi salah isu kontroversi di kalangan aktivis mahasiswa.


Pengerusi perhimpunan aman pelajar Kuin, Randy Ismail berkata, mereka juga mahu Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak turut mengisytiharkan negeri itu sebagai bebas daripada undang-undang yang mengawal kebebasan pelajar.

Menurutnya, penuntut-penuntut sudah muak dengan pelbagai masalah yang berlaku dalam Kuin dan sehingga kini belum ada sebarang penyelesaian, sebaliknya rektor lebih suka mengambil sikap berdiam diri daripada bertindak.

“Antara isu yang sering diutarakan ialah proses pengagihan wang zakat didapati lambat, apabila diagihkan sudah dipotong sehingga 50 peratus tanpa pengetahuan penerima, alasannya mereka mempunyai tunggakan melebihi RM2,000.

“Masalah lain bangunan dua blok asrama Farabi, Mergong dan enam blok asrama berdekatan Stargate tidak mempunyai sijil layak menduduki bangunan serta tidak dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti pemadam api,” katanya kepada media selepas menyertai perhimpunan aman di hadapan Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Perhimpunan itu berlangsung kira-kira 40 minit. Turut serta, aktivitis pelajar Adam Adli dan kira-kira 40 anggota Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. kalau dah nama pun mahasewel bodoh,pi tang mana pun tetap bangang.yang betina2 garit ni pun mak oiii. hebat

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping