Aktres terkenal yang juga isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zaquan menuntut seorang pemilik akaun Twitter, @bob_azuan supaya segera memohon maaf selepas menghina, memfitnah dan memalukannya menerusi laman sosial tersebut.
Rita Rudaini Mokhtar menganggap perbuatan individu tersebut telah menjatuhkan maruahnya selain turut masuk campur dalam kemelut rumah tangga yang dihadapinya pada masa ini.
"Saya menuntut individu tersebut membuat permohonan maaf dengan segera. Saya telah diaibkan dengan kata - kata kesat berbaur penghinaan menerusi komen - komennya dalam akaun tersebut.
"Antara kata - kata kesat dan mengaibkan yang dilemparkan kepada saya termasuklah menggelarkan saya dengan perkataan 'Ritaik'," ujar Rita yang dipetik dari laman mStar.
Selain itu juga, pemilik akaun tersebut menggunakan gambar profail Twitter adik iparnya iaitu Zaquan Adha Abdul Radzak turut mendakwa akan mendedahkan kisah dan gambar yang bertujuan untuk mengaibkannya.
Rita yang dikatakan mengenali pemilik Twitter berkenaan memaklumkan bahawa individu tersebut telah memohon maaf melalui seorang teman dan menutup akaun tersebut selepas dihentam teruk oleh peminat Rita yang mengkritik dan marah dengan tindakannya.
"Saya mahu dia mohon maaf secara terbuka. Saya kenal individu itu. Saya tahu dia adalah rakan kepada Zaquan dan Ayu Raudhah, tetapi dia tidak ada hak untuk campur dalam masalah rumah tangga saya," katanya. - Blog Paling Syok
Ps: Moral cerita ni. Jangan setakat tau buat dakwaan dan tuduhan je pandai. Buktikan la apa yang didakwa tu kalau dia rasa ianya benar.
Dah dibuatnya cerita yang bukan - bukan, pandai pulak dia melarikan diri dengan menutup akaun dan sebagainya. Mintak maaf pun setakat main pesan dengan kawan.
Jangan la dia nak jadi macam Si Ketua Penipu dan puak - puak Pakatan Pembangkang yang sekadar tahu nak buat dakwaan yang bukan - bukan. Bila suruh tunjuk bukti, banyak pulak alasan yang diorang bagi!!! Dasar penakut, nak jadi pemimpin menda jadahnya!!!
Jangan kacau urusan rumah tangga orang.Biar dia selesaikan hal peribadi dia.Sepatutnya kita kena tolong Rita.Kesian dia.Seorang Wanita....memang dia lemah.Tolong beri semangat dengan situasi ini.Ini tidak dok hentam dia.Maka akan bertambah tekanan.Sabar Rita.Ingat akan Allah.wasalam.
BalasPadam