Ish!!! Seram pulak Semut baca tajuk berita kat dalam Utusan hari ni. Tak boleh nak bayangkan macam mana Si Ketua Penipu tu menjadikan Tok Jan mangsa dia.
Tapi itu la nasibnya bila seseorang tu tak sehaluan atau tak sependapat dengan Si Ketua Penipu tu. Dah tentu - tentu orang tu akan jadi mangsa dia.
Mungkin, Tok Jan terima nasib seperti ini sebab dia beria - ia benar mempertahankan tindakan KUIN yang mengenakan AUKU ke atas pelajarnya.
Macam yang sahabat Semut cakap semalam. Tok Jan ni bekas pensyarah. Jadi dia tahu la mengapa AUKU tu diperlukan untuk pelajar Universiti dan Kolej ni.
Nama je diorang tu belajar tinggi - tinggi. Tapi bodohnya tetap jugak bertingkat - tingkat!!! Sanggup jadi lembu kepada Pakatan Pembangkang.
Jadi, tak heran la kalau dakwaan mengatakan yang Si Ketua Penipu tu menggunakan 'tangan ghaib' dia untuk menjatuhkan Tok Jan di Kedah.
Sedangkan dulu, dia sanggup menggunakan 'tangan ghaib' dia ni nak menjatuhkan Si Chegu Burung tu dalam pemilihan Ketua AMK.
Bila dibuat laporan oleh konco - konco Si Burung tu, tak de satu pun tindakan yang diambil. Malah ianya hanya didiamkan sahaja. Itu ahli parti dia sendiri, pun dia sanggup buat macam tu. Inikan pulak kalau orang luar. Lagi lagi dia berani buat yang bukan - bukan!!!
KUALA LUMPUR 24 Feb. – Tekanan politik yang terpaksa dihadapi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sehingga menyaksikan ‘pemberontakan’ empat Exco kanan Pas didakwa berpunca daripada tangan ghaib Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dakwaan itu dibuat bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin kerana katanya, Anwar tidak menyukai mana-mana pemimpin ulama dalam Pas yang tegas mempertahankan kedudukan Melayu dan Islam kerana mahu prinsip itu diliberalkan.
Menurut Mohammad Fairus, bibit-bibit usaha bagi menjatuhkan Azizan bermula apabila Anwar secara terbuka dalam satu mesyuarat pakatan pembangkang tidak bersetuju dengan dasar menaikkan peratus pemilikan bumiputra untuk tanah rizab Melayu kepada 50 peratus.
“Saya sendiri (selaku Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang pada masa itu) berada dalam mesyuarat dan Anwar tidak setuju dengan dasar 50 peratus pemilikan bumiputera untuk tanah rizab Melayu. Anwar mahu dasar tersebut diliberalisasikan seperti sedia kala.
“Namun Azizan tidak berganjak dengan pendiriannya kerana beliau memang dikenali sebagai pemimpin ulama Pas yang berjiwa Melayu dan sejak detik itu, Anwar melalui golongan ‘Anwarinas’ dalam parti Pas merancang untuk menjatuhkan Azizan.
“Sebab itu sehingga hari ini kita tidak mendengar seorang pun golongan ‘Anwarinas’ dalam Pas mempertahankan Azizan. Mana suara Datuk Mahfuz Omar? Mana suara Mohamad Sabu dan naib-naib presiden Pas lain,” dakwanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.