GA - Kalangan rakan-rakan PKR memang sedang mentertawakan Zaid Ibrahim di mana sahaja mereka pergi.
Topik hangat di kalangan warga PKR: Zaid Ibrahim. Macam-macam teori. Ada yang kata Zaid sudah taubat nasuha dan akan cium tangan Azmin Ali.
Ada yang kata Zaid sudah sedia wang berkoyan-koyan untuk menawarkan diri sendiri kepada PKR. Ada yang kata Zaid sudah cium tangan Anwar dan minta ampun. Ada juga yang kata Zaid Ibrahim diberikan laluan hijau oleh Kak Wan dan Izzah. Macam-macam teori.
Zaid Ibrahim bukan lagi ‘faktor’ dalam politik Malaysia. Kalau zaman Pak Lah mungkinlah. Tapi sekarang zaman Najib Razak.
Zaid Ibrahim ini hanyalah seorang Melayu yang tidak punya pendirian. Sekejap ke hulu. Sekejap ke hilir.
Menurut orang PKR, Zaid Ibrahim ni, kalau diberi sebuah kampung untuk dijaga pun akan berlaku pertengkaran sesama penduduk kampung.
Kena Kencing Lagi?
Ramai juga di kalangan yang simpati dengan Zaid memberikan gambaran bahawa Zaid akan dikencing lagi oleh Anwar dan Azmin Ali.
Kesian kata seorang penyokong Zaid lama di Wangsa Maju. Zaid Ibrahim yang memang mengimpikan Wangsa Maju sebagai tapak politik; sudah tidak mendapat tempat lagi.
Samada Zaid dapat bertanding atau tidak dalam PRU akan datang – bergantung sejauh mana Azmin Ali akan memberikan SYAFAAT politik kepada Zaid. Silap-silap, kena kencing lagi sekali.
Bintang Zaid dalam politik memang kurang cerah. Kalau dalam bidang guaman, mungkin dia berjaya.
Minggu lepas, Zaid masuk hutan Sungai Penchala untuk mengadu nasib dengan Pak Lah Badawi. Macam-macam yang Zaid adukan.
Najib main jahat. Budak-budak Najib semua main kotor. Anwar tidak ada harapan. Azmin kaki penipu. Macam-macam.
Tapi seperti biasa, dalam pada berborak – Pak Lah pun tertidur. Kesian. Pak Lah pun tak larat nak dengar. Dulu, Pak Lah masukkan Zaid dalam kabinet sebab nak bagi malu Mahathir. Sudahnya…dua-dua ke parit.
Kita doakan sahaja yang baik-baik untuk Zaid. Kalau kali ini dia kena kencing lagi. Memang kena mandi bunga nampaknya loyar tersohor ni.
Ps: Ingatkan kuat bau arak. Rupanya lagi kuat bau air Kencing!!! Inilah padahnya kalau suka sangat menipu rakyat!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.