Ahad, Mac 18, 2012


Itu respon seorang rakan Semut tatkala membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien berkaitan dengan dakwaan Datuk Seri Zahrain semalam.

Bagi dia, ini salah satu lagi alasan kukuh untuk Si Ketua Penipu tu mengambil tindakan terhadap dakwaan dan tuduhan berkaitan dengan isu hubungan baik dia dengan Israel.

Sebelum ini, Si Ketua Penipu tu dah banyak kali berdolak dalih berkaitan dengan hubungan dia dengan rejim zionis yang kejam, ganas dan zalim terhadap Palastine.

Atas sebab itu, dakwaan dan kecaman telah dilemparkan kepada dia dari kalangan pemimpin dalam dann juga diluar Negara.

Semalam Datuk Seri Hisham telah meminta Datuk Seri Zahrain memberikan bukti berkaitan dakwaan yang dibuat dalam sidang palimen tentang Si Ketua Penipu itu.
KLUANG: Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Sabtu meminta Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamad Hashim supaya mengemukakan bukti mengenai wujudnya kerjasama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan dua badan asing berkaitan Yahudi supaya siasatan mengenainya dapat dilakukan.
Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pihaknya akan melakukan siasatan berhubung dakwaan tersebut tetapi iaa perlu bersandarkan pada bukti yang didakwa ada pada Anggota Parlimen itu.
"Kalau ada bukti, panjangkan kepada saya. Kalau ada kaitan dengan agensi lain seperti transaksi kewangan, kita (KDN) kena serahkan kepada Bank Negara kerana kita tidak mempunyai kepakaran untuk menyiasat," katanya kepada pemberita.
Hishammuddin berkata demikian selepas majlis mesra rakyat bersama usahawan Tekun dan Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Sembrong di Felda Ulu Belitong, di sini, Sabtu.
Beliau mengulas kenyataan Zahrain pada persidangan Dewan Rakyat dua hari lepas yang berharap KDN tidak mengambil mudah mengenai dakwaan kononnya wujud kerjasama PKR dengan dua badan asing berkaitan Yahudi bagi membentuk gerak kerja pilihan raya bagi menentang Barisan Nasional.
Harap - harap DS Zahrain jangan jadi macam Si Ketua Penipu tu sudah la. Dia sepatutnya mempunyai bukti kukuh sebelum membuat sebarang aduan dan dakwaan.

Jangan dia setakat cakap je. Nanti, jadi la macam Si Ketua Penipu tu. Dia hanya tau bercakap dan menuduh orang je. 

Tapi bila disuruh buktikan, sampai sekarang dia masih GAGAL melakukannya. Suruh pertahankan maruah diri dia sendiri pun dia GAGAL. Inikan pulak nak suruh dia pertahankan maruah Negara!!! Maka Jahanam La nampak gayanya!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping