Isnin, Mac 19, 2012


Ps: Inilah akibatnya kalau kita tak betul - betul peka dengan sifat semula jadi budak - budak. Tak kena sikit, dia boleh merajuk. Tapi itu budak - budak.

Yang orang tua - tua pun suka merajuk ni apa pasal? Tak dapat jadi calon pun, nak merajuk menda jadahnya!!! Lepas tu siap boikot dan sabotaja parti. Dah mengalahkan budak - budak!!! Macam mana nak jadi pemimpin kalau perangai pun macam budak sekolah!!!
PETALING JAYA: Pelakon jelita, Rozita Che Wan menarik nafas lega apabila anak keduanya, Aniq Ezra yang dikatakan hilang sebenarnya hanya lari dari rumah akibat merajuk pada Sabtu lalu.
Rozita memberitahu, Aniq Ezra,14, ditemui di rumah rakannya di USJ Subang Jaya, dekat sini selepas aktiviti mencari yang turut disertai pihak polis dilakukan pada hari kejadian.
Berdasarkan maklumat daripada rakan-rakan anaknya itu, Rozita dan pihak polis berjaya menjejaki anaknya yang memberitahu dia berbuat demikian kerana merajuk.
"Saya panik apabila mengetahui dia hilang tanpa sebarang sebab tetapi akhirnya dia dapat ditemui atas bantuan pihak polis dan rakan-rakannya yang memberikan informasi di mana dia berada.
"Dia beritahu polis dia lari dari rumah sebab merajuk kerana saya melebih-lebihkan si abang daripada dirinya," ujarnya kepada mStar Online menerusi mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini, pada Isnin.
Selain Aniq Ezra, Rozita mempunyai seorang lagi anak iaitu Ammar Effendi yang berusia 15 tahun.
Dalam pada itu Rozita juga sempat bergurau dengan berkata selepas ini dia pula yang akan merajuk.
“Kalau saya merajuk, saya pergi lagi jauh,” selorohnya.
Pada Sabtu lalu kecoh di Twitter apabila Aniq menjadi trending topic di kalangan pengguna laman sosial itu apabila dia dikatakan hilang.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping