Jumaat, Mac 02, 2012


Wah!!! Sakan jugak Si Ketua Penipu tu mengamuk bila pemimpin - pemimpin PKR tu buat hal yang bukan - bukan sejak kebelakangan ini.

Bukan setakat kes Si Badrol tu sahaja yang menjadi punca dia mengamuk. Malah kesilapan Si Jambu Rafizi tu pun turut menjadi tumpuan utama.

Katanya, Si Ketua Penipu tu naik angin bila ada tawaran untuk menyogok pekerja di hotel tempat Si Badrol ditangkap khalwat.

Si Ketua Penipu tu kata, tawaran sedemikian tidak wajar dilakukan secara terang - terangan kerana mereka tak tahu siapa kawan dan musuh di hotel tersebut.

Tambahan pulak, pihak Hotel sekarang dah bersedia nak serahkan salinan CCTV kepada pihak JAIP sebagai bahan bukti. Ianya akan memburukkan lagi keadaan.

Selain itu, Si Ketua Penipu tu juga turut mengarahkan supaya PKR Pahang dapat melakukan gerak kerja untuk menutup kisah tersebut.

Ianya kerana skandal tu berjaya menutup agenda Anti Lynas yang turut membangkitkan kemarahan dikalangan penyokongnya. 

Disebabkan skandal tu, maka tumpuan terhadap tuntutan mereka dilupakan terus dan Himpunan Hijau baru - baru ni dianggap GAGAL.

Si Rafizi tu pulak kena marah sebab tersalah bagi nama tempat berkaitan dengan NFC di Singapura. Nak menipu pun kena periksa fakta dulu katanya.

Jangan main tembak sesuka hati je kata Si Ketua Penipu tu. Walau bagaimana pun, Si Rafizi tu menjawab jugak. Kata dia, info yang dia dapat diberikan oleh PAP di Singapura.

Si Ketua Penipu tu tetap bertegas supaya semua benda kena buat 'double check' sebelum sebarang sidang media diadakan. Isu NFC ni penting untuk mereka dalam PRU.

Begitulah diantara perkara - perkara yang telah membangkitkan kemarahan Si Ketua Penipu tu terhadap pemimpin Parti Khalwat Ramai ni. 

Yang herannya, kalau orang lain buat hal, tau pulak dia marah. Kalau dia buat hal, kenapa pulak nak didiamkan sahaja? Kenapa nak disembunyikan pulak?

Nampak sangat la yang puak - puak Parti Kencing Rakyat ni semuanya suka menipu belaka. Dari kepala sampai la ke ekornya sama je. Nak harapkan diorang buat kerja untuk rakyat? Jangan harap la!!! 

Ps: Sumber, klik sini.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping