Ramai jugak dikalangan rakyat yang tertanya - tanya, apa kaitannya Si Biawak ni dengan Negeri Pahang? Dia orang Pahang ke?
Tambah menghairankan ialah apabila satu persatuan dari Pulau Mutiara merupakan yang terawal buat bantahan terhadap pembinaan kilang Lynas di Gebeng.
Nak kata yang diorang ni aktivis alam sekitar tidak juga sebab persatuan tu mewakili peniaga di Pulau Pinang. Apa sebab diorang nak buat bantahan?
Soalan tersebut pernah diajukan kepada Si Fuziah Thoron. Tetapi jawapan yang diberikan amat mengecewakan. Dia kata, dia tak tahu. Itu sahaja.
Sekarang, timbul isu mengenai pelawaan CEO Lynas, Nick Curtis yang menjemput Si Biawak tu untuk bersemuka. Apa sebabnya?
Bukan orang Pahang je yang pelik dengan keadaan ni. Malah orang Penang pun rasa hairan. Meh dengar persoalan dari orang Penang sendiri.
Adakah ia sebab Nick Curtis telah dimaklumkan bahawa Guan Eng orang yang bertanggungjawab mengglembeng begitu ramai peserta Cina untuk membantah operasi loji Lynas pada tempoh hari?Adakah demo anti-Lynas tersebut berciri aktivisme perlindungan alam sekitar atau ia sebenarnya aktivisme politik?Lynas bukan sahaja ditentang oleh orang Pakatan. Sebenarnya demo tersebut mampu mendapat sokongan bipartisan kerana orang pro-kerajaan pun pasti juga mengambil berat faktor memelihara kesihatan.Akan tetapi DAP tampaknya lebih berminat memecah-belahkan masyarakat setempat yang merupakan pihak berkepentingan (stakeholders) daripada cuba memupuk semangat bekerjasama merentasi garisan politik. [How sad that they remain political animals through and through ...]Mungkin Nick Curtis pernah mendengar khabar bahawa pada satu ketika dahulu ada pemaju hartanah menghadapi kemelut apabila hendak membuat projek pembinaan di Kampung Buah Pala namun Guan Eng tolong kow tim.Pelik Nick Curtis tidak cuba menghubungi orang yang berkaitan tetapi mahu jumpa Guan Eng. Adakah beliau menaruh harapan Guan Eng akan mampu berjaya kow tim Lynas bagaimana dia mampu menangani isu Kg Buah Pala sebelum ini? - Helen Ang
Ps: Sampai ke hari ini, Lynas dah berbuih - buih menjemput Si Fuziah Thoron tu untuk datang dan lihat sendiri kilang tersebut di Gebeng. Tapi dia masih menolak.
Kenapa dia tolak? Takut dia terkena radiasi? Takut dia terdedah kepada bahan - bahan yang disebut selama ini? Atau dia takut dengan bayang dia sendiri? Korang pikir la sendiri!!!
Berani kerana benar.......
BalasPadam