Satu dunia masih tertungu - tunggu. Bila la gamaknya Kak Wan Omega nak keluarkan kenyataan yang seumpama ni kepada rakyat tempatan?
Padahal, Si Ketua Penipu tu dah banyak bawak musibah kepada Negara dan turut menjahanamkan nama baik keluarga dia sendiri.
Tapi, Kak Wan Omega tu sikit pun tak ambik kisah pasal semua tu. Kenapa dia tak boleh contohi apa yang dilakukan oleh seorang bapa ni?
Dia sedar yang anak dia banyak buat salah dan dia redha sekiranya pihak berkuasa mengambil tindakan terhadapnya.
Jadi, kenapa Kak Wan Omega tu sampai hari ini masih lagi cuba nak sembunyikan Kebenaran!!! Nampak sangat la yang dia sendiri pun takut nak menghadapi kenyataan!!! Sebab itulah sampai hari ini dia sanggup menipu rakyat!!!
CHEMOR: Tidak tahan perangai buruk anak lelakinya yang gemar mencuri saban hari, seorang lelaki warga emas merayu anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) menangkap anaknya itu yang dipercayai penagih dadah.
Lelaki berkenaan yang tinggal di kampung Ulu Kuang di sini, berang selepas anak lelakinya berusia 30 tahun sering mencuri barang berharga di rumah untuk dijual bagi membeli dadah.
Difahamkan, anaknya baru selesai menjalani hukuman di Penjara Sungai Petani, Kedah, lapan bulan lalu sebelum pulang ke kampung.
Ketua Operasi Rela Ulu Kuang, Hamdan Ishak berkata, bapa suspek yang berniaga makanan kecil-kecilan di hadapan rumah, pelik apabila mendapati barang perniagaannya termasuk perkakas rumah kerap hilang sejak lebih sebulan lalu.
“Dia mendapat tahu ia didalangi anak lelakinya sendiri lalu menghalau anaknya itu dari rumah.
“Bagaimanapun, anaknya enggan sebaliknya membina satu bilik kecil di sebelah rumah bapanya untuk tinggal,” katanya.
Menurutnya, sikap anaknya yang tidak mahu berubah dan masih melakukan jenayah menyebabkan si bapa meminta bantuan Rela supaya memberkas anaknya.
“Kami pergi ke rumah mangsa jam 6 petang semalam (kelmarin), tetapi suspek sempat melarikan diri ke dalam kebun berhampiran,” katanya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.