Fuh!!! Memang hebat sungguh Si Wali Terompah tu memerintah Negeri Kelantan ni rupanya ye. Macam - macam benda yang dia dah buat.
Bila bercerita bab membangunkan Negeri ni, kiranya dia je la yang mampu buat kerja. Orang lain tu tak guna belaka. Maka sebab tu la semua orang kena buat kerja untuk dia.
Sampaikan Tok Pa pun kena ikut dia jugak dah nampak gayanya bagi menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat di Kelantan.
Kalau la Si Wali Terompah tu pandai sangat buat kerja, menda jadahnya pulak Tok Pa yang kena sediakan kawasan perindustrian baru ni untuk rakyat Kelantan!!! Kalau setakat cakap je, baik tak payah!!! Buat malu je jadi Menteri Besar!!!
TUMPAT: Kelantan memerlukan kawasan perindustrian baru yang lebih luas sebagai daya tarikan kepada syarikat besar melabur di negeri ini, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.Beliau berkata kawasan baru tersebut perlu dilengkapkan dengan pelbagai kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan elektrik dan bekalan air yang sentiasa terjamin."Kelantan juga perlu dibina pelabuhan dan lapangan terbang yang lebih besarbertaraf antarabangsa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuaratagung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan WakafBaharu dekat sini, hari ini.Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata kawasan perindustrian di Pengkalan Chepa di Kota Baharu, sudah penuh dengan kira-kira 150 syarikat yang kebanyakannya adalah syarikat kecil.Beliau berkata bagi mewujudkan kawasan perindustrian baru, kerajaan negeri perlu mempunyai perancangan jangka pendek dan panjang serta insentif yang bolehditawarkan sebagai tarikan kepada pelabur untuk melabur di negeri ini.Katanya kegagalan kerajaan negeri pimpinan PAS yang memerintah Kelantansejak 1990 dalam menyediakan kawasan perindustrian baru, infrasruktur yangterbaik dan insentif menarik, menyebabkan pelabur besar beralih minat untukmelabur di negeri lain yang lebih menguntungkan mereka.Beliau berkata kekurangan kilang yang menyediakan peluang pekerjaan berskalabesar menyebabkan ramai terutama golongan muda berhijrah ke negeri lain untukmencari pekerjaan."Inilah pentingnya sesebuah kerajaan negeri yang selari dengan kerajaan pusat supaya sebarang bentuk kerjasama dapat dilakukan dengan mudah tetapi oleh kerana kerajaan negeri pimpinan PAS tidak selari dengan kerajaan pusat di bawah Barisan Nasional maka susah kerjasama hendak dilaksanakan," katanya.
KALAU KILANG BNYK,,, TAHI YANG KERJANYA WARGA ASING,,,XDE FAEDAH JG..............
BalasPadamAku malas nak kritik siapa-siapa, baik PAS atau UMNO. Tiada faedah kritik, tapi tak pernah bagi pendapat yang lebih dewasa.
BalasPadamAku yang duduk dalam negeri ini, nampak Tok Pa amat serius nak rampas Kelantan. GELOMBANG MERAHnya sudah meresap hampir ke seluruh negeri. Aku dapat rasakannya. Golongan bawah 35 tahun yang selama ini kelihatan amat degil dan susah nak 'tackle', nampaknya sudah beransur-ansur nak beralih angin. Bak kata orang puteh, 'WIND OF CHANGE', macam lagu SCORPION. Ramai yang sudah tahu menggunakan KEBEBASAN BERFIKIR berbanding menggunakan KEBEBASAN BERSUARA.
Tok Pa nak ajak semua rakyat Kelantan yang ada diluar, balik kerja di negeri sendiri. Dengan pengalaman 'berbelas puluh' tahun kerja di luar, moleknya balik semula dan gunakan ia untuk membangunkan negeri ini.
Aku pun teringin nak tengok apa yang UMNO boleh buat dengan negeri ini. Negeri ini sebenarnya kaya dengan hasil bumi, dan yang penting tenaga kerjanya ramai dan rajin. Tapi sayangnya, kerajaan sekarang nampaknya gagal memanfaatkan segala kelebihan yang Allah kurniakan.
Aku 'jeles' yang amat dengan negeri jiran, Terengganu. Negeri lebih kecil, rakyatnya tak seramai rakyat Kelantan, tapi banyak benda yang ada yang aku boleh tafsirkan sebagai PEMBANGUNAN. Bukannya nak 'jeles' dengan jumlah masjid (itu pun sebahagian drp. pembangunan), tapi yang lebih penting ialah pembangunan INSAN.
Kehebatan TERENGGANU sejak dua menjak ni kalau anda semua perasan ialah dalam 2 bidang ini.
1. PENDIDIKAN
2. SUKAN
Benda lain tak payah cerita lagi.
Sejak kebelakangan ini, kita semua tahu Terengganu telah memegang STATUS negeri CEMERLANG dalam pendidikan. Negeri yang memegang rekod kelulusan tertinggi dalam semua jenis peperiksaan, SETIAP Tahun, walaupun adakalanya cuba dicabar oleh negeri lain. Kadar celik huruf?? Anda siasatlah sendiri dan cuba bandingkan dengan negeri lain.
Kecemerlangan mereka juga dapat kita tengok dalam bidang sukan. Sejak GELOMBANG BIRU merampas Terengganu pada tahun 2004, aku dapat lihat kehebatan atlit negeri ini menguasai arena sukan tanahair. Bermula dengan Nazmizan sebagai raja pecut Sukan Sea, hingga ke zaman Azizulhasni Awang, semua menjadi kebanggaan negara. Kalau nak sebut di sini, ramai sangat, aku ambik sikit saja..
Anuar Manan, Fateha Mustafa, Adiq Husaini, Ashaari Shamsuddin, dan yang paling penting ialah pemain kesayangan Kelantan, Mat Yo yang merupakan pemain bolasepak paling bernilai 2010 & 2011.
Ini adalah hasil usaha kerajaan negeri dari peringkat awal di sekolah. Walaupun pada awalnya mereka tidak memiliki prasarana yang besar, namun hasil kerja keras daripada manusia-manusia yang ingin BERTANGGUNGJAWAB, akhirnya ia memang membuahkan hasil. Bukannya manusia yang hanya PANDAI JAWAB. Hasil daripada program pembangunan sukan yang cemerlang juga telah menjadikan mereka JUARA SUKMA TIGA KALI BERTURUT-TURUT. Jeles Ambe!!!
Walaupun Kelantan sekarang boleh berbangga dengan RED WARRIORnya, namun itu semua atas usaha siapa??? Kerajaan Negeri??? Bila nama sudah naik, baru terhegeh-hegeh nak bagi sumbangan.
Perlu diingat kembali, aku tak pernah peduli pasal pembangunan fizikal seperti masjid besar, gedung besar, pejabat 150 tingkat ataupun LRT. Itu semua mungkin memerlukan beratus BILLION untuk dilaksanakan. Apa yang paling penting ialah PEMBANGUNAN INSAN kerana KELANTAN memiliki kriteria yang tepat untuk pembangunan jenis ini. Rakyat yang ramai, rajin, berilmu disamping memiliki ruang yang selesa, adalah mustahil untuk pihak yang memiliki kuasa memerintah tidak berjaya memanfaatkan kelebihan ini.
BalasPadamCuba kita fikir, fikir betul-betul. Adakah kerana masalah kewangan? Perlukah berbilion ringgit untuk semua itu? Aku pernah dengar daripada orang KERAJAAN NEGERI, bahawa peruntukan kurang, Kerajaan Pusat tak membantu sebab Kelantan di perintah pembangkang. Aneh, kenapa perlu menyalahkan orang lain? Tapi aku pun pernah dengar, berkenaan peruntukan 600 juta yang dikhususkan untuk menguruskan air di negeri ini. Dah bagi 600 juta, tapi masalah air di sini tak pernah reda. Air berkarat, kadang-kadang ada, selalunya tak ada. Macam mana nak wudhuk? Agaknya orang Kelantan ni suka tayammum kot? (Gurau je...jgn marah).
22 tahun, berapa buah masjid dibina? Entah, tapi yang aku nampak, makin banyak berhala yang mencanak naik. Lebih memusykilkan, ada pula yang lebih tinggi daripada menara masjid. Apa pula hukumnya?
Sejak akhir-akhir ini, aku selalu terdengar benda yang amat memedihkan hati daripada kerajaan negeri, seperti ayat berikut ;
"..buat apa pembangunan, buat apa bina banyak masjid kalau orang tak datang. Kita pentingkan pembangunan insan dulu. Pembangunan fizikal kerajaan pusat sudah bawa mari, nak tukar kerajaan buat apa? Kalau tak sokong BN pun kerajaan pusat akan tetap buat pembangunan. Nak tukar buat apa?..."
Panas telinga dengar ayat tersebut. Siapa yang cakap? Entahlah, anda fikirlah sendiri. Aku pun tak mampu nak kata apa-apa. Diam saja. Kalaulah aku ini seorang ahli politik, mahu saja aku jawab;
"...Semua benda kerajaan pusat nak kena buat, pahtu kerajaan negeri buat apa? Pembangunan insan? Mana? Tak nampak pun insan yang membangun? Insan yang 'TAK BANGUN' ramai ler. Mat Drug, Mat Pet, dan Mat-Mat yang lain, Kelantan jadi juara semua tu. Tengok statistik AADK, Kelantan champion HIV positif. Kerajaan negeri buat apa? Makan gaji buta?..."
Tak usah nak bandingkan dengan negeri lain. Aku SANGAT pedulikan pembangunan insan negeri ini dan mahu membidas kerajaan negeri yang seperti LEPAS TANGAN. Hal negeri lain itu urusan rakyat dan kerajaan negeri lain dan mereka tak pernah menjadikan ISLAM sebagai SLOGAN dan GELARAN. Masalahnya, negeri Kelantan ini ialah kerana gelarannya SERAMBI MEKAH dan slogannya MEMBANGUN BERSAMA ISLAM. Itu yang aku pelik. Bukan sebarangan gelaran. Bukan SERAMBI LAS VEGAS!!! MEKAH dooooo....
Betapa mulianya gelaran ini, tapi kerajaannya, adui, malas nak cerita, anda rujuk di atas.
Banyak lagi nak cerita, tapi kita sambung lain kali lah yer..
Akhir kata, aku bangga dengan Kelantan kerana
1. The Red Warrior
2. Iklan / Signboard / Billboard yang bertulisan JAWI yang yang mampu membuatkan orang luar terkesima, "..wah, lihatlah betapa ISLAMnya negeri ini. signboard pun ada ciri-ciri ISLAM..."
Ya, 22 tahun dan akhirnya PAS berjaya meng'ISLAM'kan para signboard dan billboard.
RAKYAT KELANTAN SUKA NEGERI DIPERENTAH OLEH KERAJAAN PAS,TETAPI RAMAI RAKYAT KELANTAN TIDAK SUKA DIPERENTAH OLEH PAS,MEREKA AKAN BERKERJA DINEGERI YG DIPERENTAH OLEH BN DAN BALIK KE KELANTAN WAKTU MENGUNDI YG KATANYA UNTUK MENYELAMATKAN BULAN, TETAPI SELEPAS TU MEREKA AKAN BALIK SEMULA KE NEGERI YG DIPERENTAH DACING,DENGAN ALASAN KEKURANGAN PELUANG PERKERAJAAN DINEGERI TEMPAT LAHIRNYA
BalasPadamItulah yang dinamakan kurang ajar. Mereka senang lenang disana, mak bapak dikampung dibiar minum air karat.
BalasPadamUntuk makluman semua, majoriti orang yang mengundi BN di Kelantan adalah daripada golongan 40 tahun ke atas yang kebanyakkannya menetap di negeri ini.
BalasPadamSementara makhluk yang merosakkan segala usaha golongan ini adalah orang-orang muda bawah 35 yang kebanyakkannya menetap diluar negeri. Yang mana mereka ini bekerja makan gaji 2K-4K sebulan dengan KERAJAAN PERSEKUTUAN, balik kampung sekali setahun naik kereta import.
itulah kata orang hujan emas dinegeri orang hujan karat dinegeri sendiri.dari itu yahai anak kelantan usahakan hujan karat dinegeri anda ditukarkan menjadi hujan emas.
BalasPadam