Selasa, Mac 27, 2012


Orang ada rupa macam Cik Puan Rozita kita ni memang akan menjadi bahan rebutan ramai. Jadi tak heran la kalau ada orang kaitkan dia dengan isu macam ni.

Itu dah jadi lumrah bagi mereka yang ada rupa dan gaya macam dia. Apa yang penting, dia tau bawak diri dan jaga maruah. Itu sahaja.

Jangan sampai dia jadi macam orang lain sudah la. Jangan kata nak jaga maruah diri sendiri. Malah nak jaga maruah keluarga pun dia tak mampu. 

Itu pun dia masih ada hati nak jadi Perdana Menteri. Dasar manusia tak sedar diri memang macam ni. Bak kata pepatah, hidung tak mancung, pipi pulak tersorong - sorong!!! Suruh dia cermin diri dulu la!!! Kalau cermin pun pecah, tak payah la nak berangan!!!
PETALING JAYA: Pelakon Rozita Che Wan hanya ketawa apabila timbul tuduhan anaknya, Aniq Ezra Azuar Effendy,14, lari dari rumah kerana merajuk selepas dia dikatakan membuat keputusan untuk menjadi isteri kepada seorang bergelar Datuk.
Rozita,39, berkata, dia menganggap gosip terbaru itu sebagai sesuatu perkara lucu yang sering dilaluinya sejak menjadi seorang selebriti.
“Haa... haa... kalau betul saya nak kahwin Datuk, mestilah anak saya suka. Datuk mestilah kaya,” jawab Rozita berseloroh kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Isnin.
Pada 17 Mac lalu Rozita membuat laporan polis selepas anak keduanya itu didapati hilang dari rumah dan ditemui beberapa jam kemudian di rumah rakannya di Subang Jaya dekat sini tidak jauh dari rumah mereka.
Semasa memberi keterangan kepada pihak polis, Aniq Ezra dikatakan merajuk kerana berkecil hati dengan sikap Rozita yang dilihat terlalu melebih-lebihkan abangya iaitu Ammar Effendi yang berusia 15 tahun.
Rozita menambah dia tidak ambil pusing dengan gosip itu kerana tuduhan tersebut dianggapnya sebagai sesuatu perkara yang remeh.
Kata Rozita sebelum ini dia pernah dikaitkan mempunyai hubungan dengan individu dan VIP tertentu tetapi perkara tersebut ternyata tidak benar.
Malah dia juga turut menghadapi tuduhan kerana dikatakan meletakkan bayaran tinggi untuk sesebuah tawaran berlakon selain isu persaraannya dalam dunia seni yang ditarik balik.
“Saya sudah melalui macam-macam kontroversi tetapi itu semua tidak menjejaskan kedudukan saya pun. Sama juga dengan isu terbaru ini (kahwin Datuk),” katanya.
Categories:

3 ulasan:

  1. Salam Bro,saya mohon agar ditiadakan berita-berita tentang artis nak bertunang ke,nak kahwin ke,nak mengandung ke,nak bercerai ke,hilang boy friend ke,hilang girl friend ke.Kami dah meluat cerita-cerita tentang artis malaysia ni.TQ

    BalasPadam
  2. Akan difikirkan nanti. Terima kasih kerana memaklumkan Semut. :-)

    BalasPadam
  3. Salam,
    Saya setuju dengan Tanpa Nama agar tidak banyak gosip kerana ada perkara yang lebih penting yang kita harus tumpukan seperti masalah sosial dan politik yang menimpa negara tercinta. Terima kasih.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping