Wah!!! Nampak gayanya taktik puak - puak Pakatan Pembangkang untuk terus menjahanamkan ekonomi Negeri Pahang semakin tumpul.
Mereka yang kononnya cuba untuk menakut - nakutkan pelabur dari terus datang ke negeri ini seolah - olah tidak menjadi bila hartanah Negeri semakin meningkat.
Malah, bukan diorang sahaja yang terkejut dengan perkembangan ni. Sebaliknya, MB Pahang pun pelik dengannya.
Jadi, tak payah la susah - susah puak - puak Pakatan Pembangkang tu nak buat kerja yang bukan - bukan dan hanya merugikan masa.
Baik la diorang bantu menjaga Kebajikan Rakyat. Ada jugak faedahnya. Bukan setakat cakap je pandai, tapi bila suruh tak reti pulak!!! Yang diorang tau, asyik nak mempertikai je kerjanya. Yang lain HARAM diorang tau nak buat!!!
KUANTAN, 26 Mac (Bernama) -- Nilai hartanah di Kuantan tidak terjejas malahan ia meningkat walaupun banyak publisiti negatif berkaitan isu kilang memproses nadir bumi di Gebeng oleh syarikat Lynas Malaysia Sdn Bhd, kata Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.
Katanya nilai hartanah seperti rumah dan pejabat komersial di beberapa lokasi terutamanya yang berdekatan dengan Gebeng seperti di Beserah , Balok dan Gebeng sendiri jelas menunjukkan peningkatan dan tiada laporan mana-mana pihak yang menjual hartanah kerana isu Lynas.
"Saya hairan di sebalik isu Lynas ini, nilai hartanah di Gebeng, Balok dan Beserah, terus meningkat, bukannya jatuh dan setakat ini tiada orang yang jual hartanah sebab isu ini," katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah pembinaan bangunan RD Prima Suites di sini, Isnin.
Beliau berkata sekiranya ada pihak yang mahu menjual mana-mana hartanah di kawasan tersebut, Kerajaan Negeri Pahang tidak akan teragak-agak untuk membelinya untuk dimajukan dengan palbagai projek rakyat.
"Aktiviti pembangunan hartanah di negeri ini khususnya Kuantan masih aktif dan ini menandakan keyakinan tinggi pelabur dan usahawan terhadap sektor hartanah dan iklim ekonomi yang sihat di Pahang," katanya.
ape yg bgusnya kalu nilai hartanah meningkat pun.. melayu nk beli tnh makin ssh.. nk jual tnh, ape pun xtinggal dh nnt.
BalasPadamtu yang bangangnyer save malaysia stop lynas (SMSL) kata kalu lynas ada harga tanah akan jatuh... tp sekarang makin naik pulak... orang bina lynas sbb nak bagi ekonomi naik dan melayu ada kerja... cina sudah kaya boleh pergi singapore la beli rumah... yang melayu pun terikut2 demo sbb nak tgk amoi seksi kat padang...
BalasPadam