Semakin hari, semakin jelas agenda SI Fuziah Thoron ni dalam menjadi juara dalam isu Lynas. Nampak sangat dia berjuang bagi kepentingan Politik.
Jika tidak, kenapa pulak dia bantah Jawatankuasa Khas Parlimen bagi mengkaji tentang isu tersebut sedangkan sebelum ini ianya dicadangkan sendiri oleh Pakatan Pembangkang?
Hakikatnya, Fuziah tahu jika PSC ni ditubuhkan, maka dia dah tak ada ruang untuk mempolitikkan isu tu selepas ini. Jadi, sebab tu la dia jadi meroyan tak tentu arah!!!
Orang pilih dia jadi wakil rakyat supaya dia boleh membantu menjaga kebajikan mereka. Bukannya buat kerja yang tak tentu arah demi kepentingan peribadi!!!
PUTRAJAYA: Majlis Profesor Negara (MPN) perlu tampil membantu kerajaan menjelaskan kekeliruan rakyat mengenai isu-isu berbangkit seperti isu kilang pemprosesan nadir bumi Syarikat Lynas Corporation Ltd di Gebeng, Kuantan.Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata memandangkan MPN dianggotai ahli akademik dan pakar dalam sesuatu bidang, mereka perlu memperlihatkan peranan sebagai badan pemikir kepada masyarakat."Penglibatan mereka tidak dapat dielakkan kerana dengan ilmu yang ada ia dapat membantu rakyat mengetahui perkara sebenar dan terus tidak terpengaruh dengan usaha pihak tertentu yang mengeksplotasi isu tersebut," katanya.Selagi rakyat masih keliru dengan isu Lynas bermakna peranan yang dimainkan MKN belum cukup meluas, katanya kepada pemberita selepas sesi dialog bersama MP Ndan menyampaikan watikah pelantikan barisan Exco baru MPN bagi 2012 hingga 2014 di sini, Khamis.Isu kilang itu mencetuskan kontroversi apabila beberapa pihak membantah pembinaannya yang dikatakan yang dikatakan bakal menghasilkan radiasi yang boleh memudaratkan kesihatan orang ramai.MPN ditubuhkan pada 1 April 2010 dan kini dianggotai kira-kira 1,700 profesor institusi pengajian tinggi awam (IPTA).Mohamed Khaled berkata MPN juga perlu lebih proaktif untuk menyedarkan masyarakat bahawa penglibatan profesor yang pakar dalam sesuatu bidang mampu membantu menyelesaikan sesuatu masalah.Beliau juga menggalakkan penglibatan ahli akademik daripada institut pengajian tinggi swasta (IPTS) dalam MPN untuk memperkasakan lagi peranan badan pemikir itu."Ini kerana setakat ini hanya seramai 200 ahli profesor IPTS yang menyatakan minat untuk menyertai badan tersebut," katanya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.