La ish!!! Takkan la orang baru nak tahu perihal perkara ni sedangkan ianya dah lama dibangkitkan didalam majalah Forbes tak berapa lama dulu.
Si Ketua Penipu tu pernah dinobatkan sebagai pejuang Pluralisme dalam majalah tersebut kerana satu Ucaptama yang pernah dibuat.
Perkara itu pernah Semut siarkan dalam blog ni suatu ketika sewaktu Semut mula - mula berblog dulu. Klik kat Sini, Sini dan kat Sini.
Malah isu mengenai perkara tersebut juga pernah dibangkitkan oleh JAKIM yang memetik ucapannya dalam satu forum di luar Negara.
Kata dia unsur lain termasuk konsep kesamarataan agama, menafikan konsep benar dan sesat serta terpengaruh dengan faham Falsafah Abadi dan Kesatuan Metafizik.
Demikian yang dinyatakan oleh Si Ketua Penipu tu dan ianya turut menarik perhatian orang luar sehingga memberikan dia pengiktirafan sedemikian.
Sekarang, di Malaysia dia kelihatan mahu melaga - lagakan diantara orang Islam dengan orang Kristian dan menuduh UMNO sengaja mencetuskan perkara tersebut.
Nah!!! Korang bayang sendiri bagaimana orang yang seumpama ini masih bercita - cita nak jadi Perdana Menteri dimasa akan datang sedangkan dia tak reti pun nak buat kerja.
Yang dia tau buat hanyalah nak melaga - lagakan diantara umat Islam dengan Kristian secara terang - terangan. Bukannya dia nak menyatukan mereka pun!!!
Jadi, tak heran la kalau dia berjaya memerintah Malaysia kelak, rakyat akan terus berpecah belah dan Negara jadi huru - hara!!! Itu je kerja yang dia tau buat pun!!!
KUALA LUMPUR 29 Mac - Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyamakan semua agama adalah bertentangan dengan pegangan akidah seorang Islam dan boleh membawa kepada kekufuran.
Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, sebagai penceramah beliau tidak mempunyai kuasa untuk menjatuhkan hukum kufur tetapi tindak-tanduk Anwar selama ini konsisten menunjukkan beliau seorang pengamal pluralisme.
"Dalam kitab Mau'suah Ijmak ada memberi penjelasan dan ijmak ulama hanya mengiktiraf agama Islam sebagai agama yang benar, maka adalah kufur bagi sesiapa yang menyamakan Islam dengan mana-mana agama lain.
dia ni semua sama.depan belakang tiada beza.lelaki perempuan membuka selera,ugama pun dibaca sama.
BalasPadam