Al kisah, cerita pasal seorang blogger jalanan yang memang kerja dia hari - hari berblog menggunakan koputer ribanya yang usang.
Satu hari, ketika blogger tersebut keluar membeli makan, rumahnya telah dipecah masuk dan komputer kesayangannya telah dilarikan orang.
Maka meratap la blogger tersebut ditepian meja tempat dia selalu menulis dan membongkarkan sikap buruk puak - puak Pakatan Pembangkang.
Tiba - tiba datang seorang lelaki yang rupanya macam Si Ketua Penipu tapi bukan Si Ketua Penipu muncul dihadapan blogger tersebut lalu bertanya:
"Kenapa engaku menangis, wahai blogger jalanan?" Jawab blogger tersebut, "Komputer kesayangan saya sudah dilarikan orang."
Lalu, lelaki tersebut menghilangkan diri dan muncul semula dengan Samsung Galaxy tab. Katanya, "Mahukah kamu sekiranya aku gantikan komputer itu dengan Galaxy Tab ini?"
"Tidak. Komputer ku itu lebih banyak fungsinya jika nak dibandingkan dengan Galaxy Tab ini," jawab blogger jalanan tersebut.
Kemudian lelaki tu hilang dan muncul semula dengan I-Pad 2 lalu berkata, "Apa kata jika aku gantikan komputer mu itu dengan I-Pad ini?"
"Terima kasih tuan. tetapi, komputer ku itu lebih banyak memberi kelebihan jika dibandingkan dengan I-Pad ini," jelas blogger tersebut.
Sekali lagi, lelaki yang rupa macam Si Ketua Penipu tu hilang dan kemabli dengan komputer usang blogger tersebut. "Adakah ini komputer riba mu itu?"
Dengan wajah yang gembira, blogger tersebut menjawab, "Ya! Itulah komputer riba ku yang sudah banyak berjasa. Terima kasih tuan kerana mengembalikannya."
Lalu, melihat kejujuran blogger tersebut, lelaki berkenaan menghadiahkannya Galaxy Tab dan I-Pad 2 yang dibawa sebelum ini bersama dengan komputer blogger terbabit.
Selang beberapa hari, blogger terbabit kembali sedih kerana kekasihnya sudah lari meninggalkannya kerana tidak mampu memberikan kemewahan.
Maka, muncul la lelaki tersebut lalu bertanya, "Kenapa engaku bersedih wahai blogger jalanan?" Dan blogger tersebut menceritakan kisah sedihnya.
Lelaki itu pun hilang dan pulang bersama dengan pengacara hot Nona ketika ini iaitu Neelofa lalu bertanya, "Mahukah kamu jika aku berikan Neelofa ini sebagai ganti kekasihmu?"
Dengan pantas, blogger tersebut berkata "Ya! Aku mahu!!!" Lelaki itu terkejut dan kesal dengan tindakan blogger tersebut yang disangka sudah jadi tamak!
"Sesungguhnya engaku sudah jadi tamak, wahai blogger jalanan!" Sambil menggelengkan kepala, blogger tersebut menjawab, "Dengar dulu penjelasan ku, wahai lelaki budiman."
"Aku ini hanya blogger jalanan. Jika aku menolak tawaran mu ini, maka engkau akan kembali dengan Rozita Che Wan dan bekas kekasih ku. Aku tidak mampu untuk menanggung mereka.
"Jadi, daripada aku sengsara menanggung mereka semua sekali gus, biar lah aku menanggung Neelofa ini seorang saja. Itu sahaja yang aku mampu..."
Lelaki tersebut hanya tersenyum sinis dan terus menghilangkan diri, meninggalkan blogger jalanan itu dengan Neelofanya. Dalam hati kecilnya dia berkata, "Memang sah dia seorang blogger. Semua benda nak dipusingnya, huh."
macam pernah kubaca artikel nie kat mpp/mkp
BalasPadam