Sewel Betul Gayanya Mamat Ni. Hehehe... |
Ps: Perkara ni dah jadi tak pelik sebenarnya kerana mereka ni dididik oleh geng - geng Anak Muda Kecoh dan diketuai oleh Si Chegu Bird tu.
Jadi, kalau tak bikin kecoh, tak de la mereka dinamakan sebagai Anak Muda Kecoh ye tak. Nasib baik la kali ni diorang boleh bersikap rasional.
Itu pun mungkin sebab diorang dah lihat kawan - kawan diorang yang lain tu begitu bengong sampai baring tengah jalan pukul 2 pagi!!! Siap rempuh pintu kaca Klinik pulak tu. Buat malu je digelar Siswa kalau macam tu. Lagi layak diorang digelar Mahasewel!!!
Walaupun tiba agak lewat dari jadual perjalanan mereka program ASPIRASI MAHASISWA JELAJAH AMAN KAMPUS di kampus Universiti Utara Malaysia tetap diteruskan dengan sessi kuliah agama yang menampilkan Ustaz Yusnadi dari Jabatan Pengajian Islam UUM yang membicarakan topik 'Halwa Cinta' (Cinta Kepada Allah SWT).
Program ceramah keagamaan yang turut disertai oleh ADHOC Anak-Anak Kelantan dan warga kampus UUM itu berjaya melahirkan rasa keinsafan ke dalam diri pelajar ASPIRASI MAHASISWA yang mana terdapat pelajar berkongsi dan menasihati rakan kampus sehingga suasana sebak menyelubungi dewan kuliah.
Khusyuk - ADHOC Siswa Anak Kelantan khusyuk menghayati nasihat dari Ustaz Yusnaidi Inilah perbezaan di antara ASPIRASI MAHASISWA dan pelajar PRO-PEMBANGKANG yang bersifat radikal dalam membuat penilaian terhadap sesuatu isu.
Jika ASPIRASI MAHASISWA lebih selesa menghadiri dan memenuhi bangku dewan untuk mengutip dan memperolehi ilmu-ilmu agama dari individu yang bertauliah. - Seterusnya, klik kat sini.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.