Sedikit masa dulu, wujud gerakan Mahasiswa yang menggelarkan diri mereka sebagai ASPIRASI yang banyak menjalankan aktiviti di seluruh Negara.
Hasil gabungan pelajar - pelajar Universiti ini, mereka telah mengadakan jelajah AMAN Kampus baru - baru ini dengan menjalankan aktiviti kemasyarakatan.
Dan pernah jugak mereka singgah di Negeri Pahang bagi tujuan yang sama. Atas kunjungan mereka itu, maka MB Pahang menyambut dengan satu jamuan makan malam.
Tapi, ada jugak la mangkuk ayun dalam Pahang ni yang salah tafsir dan mengatakan MB Pahang bagi rasuah kepada mereka dengan mengadakan jamuan tersebut.
Kononnya, kata mangkuk ayun tu, MB Pahang cuba merasuah pelajar tersebut supaya mereka menyokong pembinaan kilang nadir bumi di Gebeng.
Sekarang ni, dah bermula siri kedua bagi sesi jelajah AMAN Kampus ni dan mereka akan pergi ke sebelah Utara pulak.
Persoalannya, adakah mangkuk ayun tu akan buat dakwaan dengan mengatakan yang Kerajaan Negeri Kedah dan Perlis juga bakal bagi rasuah kepada pelajar ni? Korang fikir la sendiri!!!
Setelah selesai siri pertama KEMBARA AMAN KAMPUS - MAHASISWA BERSAMA MASYARAKAT yang berlangsung pada 6 Februari - 19 Februari tempoh hari. Siri Jelajah AMAN KAMPUS kini memasuki fasa ke-2 sebelum ke acara kemuncak iaitu Himpunan Aman Anak Muda Bersama Perdana Menteri.
Jika jelajah siri pertama tempoh hari kumpulan ASPIRASI MAHASISWA ini mendekati masyarakat yang terdiri dari pelbagai latar belakang dalam usaha mereka menggali permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat Malaysia. Siri ke-2 JELAJAH AMAN KAMPUS membawa kumpulan MAHASISWA yang rasional ini mendekati golongan mahasiswa di setiap IPTA di seluruh negara.
Setiap permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat dan para mahasiswa yang dikumpul oleh peserta JELAJAH AMAN KAMPUS ini akan dibentangkan kepada Perdana Menteri DS Najib Tun Razak bagi memastikan setiap permasalahan yang dihadapi dicari jalan penyelesaian oleh para pemimpin negara dalam memastikan negara serta kampus-kampus di Malaysia terus kekal aman di bawah pemerintahan kerajaan yang dipimpin oleh PM.
Sebelum serbu kampus-kampus di bahagian Utara esok, JELAJAH AMAN KAMPUS telah pun mendekati golongan mahasiswa di Kolej MARA Kuala Nerang Kedah, Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Kolej Yayasan Antarabangsa Melaka, Universiti Teknologi Malaysia Johor, Institut Kemahiran Belia Pagoh dan Universiti Tun Hussein Onn. Laporan aktiviti JELAJAH AMAN KAMPUS minggu lepas baca di blog HARAPAN-ESOK [KLIK] - Seterusnya, klik kat sini.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.