Hah! Ni apa cerita ni? Kenapa Presiden NUJ boleh diam je bila peguam dari kalangan PKR ni hina wartawan sampai macam ni sekali?
Kalau hari tu, bukan main lagi dia balun MB Pahang kerana mendakwa wartawan Sin Chew tu bodoh kerana GAGAL mengikut etika kewartawanan. Siap nak report PM bagai.
Tapi, kenapa pulak dia diamkan diri bila perkara ni berlaku dalam kalangan pemimpin Pembangkang? Kenapa Sin Chew tak siarkan berita ni dimuka depan akhbar mereka?
Inilah contohnya bila pihak media macam ni mula menyebelahi mana - mana pihak. Kot ye pun mereka nak bebas, jangan la 'Bias' sangat sampai macam ni sekali.
Atau, adakah mereka tak rasa yang kenyataan dari Surendran ni sebagai satu penghinaan kepada bidang kewartawanan? Korang fikir la sendiri!!!
Hambali Abdul Latiff - Naib Presiden PKR N Surendran ini memang KURANG AJAR dan BERLAGAK TAHU ilmu kewartawanan apabila menuduh Utusan Malaysia mengamalkan ‘kewartawanan yang menjijikkan’.Saya tidak boleh menerima penghinaan seperti ini walaupun saya bukan kerja atau warga Utusan Malaysia.Saya tidak tahu warga Utusan Malaysia sama ada mereka boleh menelan kata-kata pedih dan pahit ini. Ia suatu penghinaan bukan sahaja kepada profesyen kewartawanan tetapi juga peribadi akhbar itu sendiri.‘Kewartawanan yang menjijikan’ bukan tuduhan tetapi suatu kenyataan yang keluar dari mulut pemimpin tinggi PKR ini sangat MENGHINA dan MENJIJIKKAN (pinjam kata-kata Surendran).
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.