Fuh!!! Hebat sungguh cara Pakatan Pembangkang ni menyambut ketibaan Menteri Belia dan Sukan Malaysia ni ye. Siap ada karpet merah bagai.
Cuma tak ada 'flower girls' je yang turut serta. Maklum la, diorangkan semuanya baik - baik belaka. Jadi, mana mungkin diorang akan bertindak diluar kawalan.
Semua pengikut Pakatan Pembangkang ni berhemah belaka. Bukan macam orang - orang Barisan Nasional. Ganas - ganas belaka semuanya.
Ada yang bertindak geram tengok Si Nurul Izzah tu Lepar Hilir sampai nak terkam dia masa dia sedang sibuk berceramah. Tak ke ganas tu namanya???
Jadi, mungkin la adegan yang berlaku dalam kes Ahmad Shabery ni hanya berlaku dalam mimpi dia. Mustahil puak - puak Pakatan Pembangkang tu akan bertindak macam ni.
Malah dalam kes semasa pemilihan PKR hari tu pun, mungkin kerusi yang dibaling tu pun sekadar 'Super Impose' je la kot. Sebab diorang takkan buat semua benda tu!!! Maklum la, diorang tu kan semua jenis 'Lemah Lembut' belaka!!!
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Chik terkejut kerana tidak menyangka akan dihalang kira-kira 100 penyokong parti pembangkang daripada menghadiri majlis pelancaran Gelombang Biru di kawasan Parlimen Permatang Pauh Sabtu.Ahmad Shabery, yang juga bapa angkat kepada Umno bahagian Permatang Pauh, berkata insiden itu menggambarkan bahawa ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mula rasa terancam."Ramai yang ditahan dan dihalang daripada hadir ke majlis ini. Kenderaan yang saya naiki juga ditahan dan dihalang untuk ke sini, tetapi mujur dengan bantuan pihak polis keadaan dapat dikawal," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Gelombang Biru itu di Bukit Mertajam.Bernama melaporkan Ahmad Shabery berkata insiden itu tidak sepatutnya berlaku kerana tindakan penyokong parti pembangkang itu bertentangan dengan perjuangan kebebasan bersuara dan demokrasi yang digembar-gemburkan pembangkang dan sering menuduh anggota BN sebagai gengster."Hari ini kita dapat lihat warna sebenar mereka yang selalu membuat tuduhan terhadap BN dan parti komponennya, perkara ini perlu didedahkan untuk pengetahuan umum," katanya.
tu yg yahudi maukan..dia lupa..apa juga bangunan..yg kerajaan..bina...ce..tengok..org..dapig..adatak...
BalasPadamTak dinyatakan dimana kejadian ini berlaku, umum sangat. Nyatakan tempatnya.
BalasPadam