Aik!!! Biar betul ni? Takkan la diorang takat kena denda sebanyak RM25 je kot? Kalau setakat banyak tu, senyum je la diorang bayar.
Dalam laporan sebelum ni jelas menyatakan bahawa ketiga - tiga wanita tersebut mendapat pendapatan dari menari tiang tu sebanyak RM200 untuk satu sesi.
Kalau seminggu diorang buat 3 sesi, dah dapat RM600. Jadi, apa sangat la bagi diorang kalau nak bayar denda sebanyak RM25 tu.
Sepatutnya, mereka dikenakan hukuman tambahan iaitu perlu menyertai kelas fardhu Ain tambahan selama 3 bulan. Baru la ada kesedaran bagi diorang.
Selain itu, diorang juga kena menjalankan kerja amal dan diberikan kerja tambahan untuk diorang cari pendapatan yang lebih baik.
Rasanya, cadangan tu lebih baik dan dapat juga membantu. Kalau setakat kena denda RM25 je, baik tak payah!!! Tak de faedah pun kalau denda macam tu!!!
RASAH 28 Mac - Denda maksimum RM25. Itu hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret Seremban, dekat sini hari ini ke atas tiga gadis yang terlibat dalam aksi menari tiang di sebuah pusat hiburan di Nilai pada Sabtu lalu.
Ketiga-tiga mereka masing-masing dikenakan denda tersebut setelah mengaku bersalah atas tuduhan berkelakuan kurang sopan dengan berpakaian seksi dan melakukan aksi mengghairahkan.
Faiqah Azizan, 24, Nurul Huda Abdul Rahman, 23, Nooranishah Mohamad Isa, 19, yang masing-masing memakai baju kurung dan bertudung hanya mengangguk kepala tanda mengaku selepas pertuduhan dibacakan kepada mereka di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh.
Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa menari di atas pentas dengan mengenakan pakaian seksi serta melakukan aksi mengghairahkan selain berkelakuan kurang sopan di tempat hiburan awam.
RM25...ish ish ish....harga kuaci dalam kelab tu lebih mahal dari denda tersebut...
BalasPadamaksn bertsmbahlah nanti tiang2 dalam kelab,pusat karoeke malah tak mustahil dalam sedikit masa lsgi segala tiang eletrik dan talipon di sepanjang jalan ada betina buat tarian.letak tin milo dan buat tarian,pemandu yg lewat situ akan campak wang...satu malam mau beribu dapat...nak heran apa...denda cuma RM25...
DENDA BUANG SAMPAH OLIH MBPJ PUN RM1000.
1 melayu
itu menunjukkan sampah jauh mulia dari penari tiang.
BalasPadamITU LA.... IKUTLA HUKUM ISLAM... KAN DIORANG TU ORG ISLAM, BUKAN ORANG BUKAN ISLAM. HUKUM ISLAM TAK LEKANG DEK HUJAN BEB..... NI HUKUM DUNIA, WAT KITA GELAKKAN KEBODOHAN SISTEM HUKUMAN MANUSIA INI....
BalasPadam