Berikut berita mengenai satu serbuan yang dibuat oleh pihak berkuasa baru - baru ini. Nasib baik la ianya bukan Pusat Kaunseling Si Badrol tu.
Kan dia suka buat sesi kaunseling pepagi buta. Pusat hiburan macam ni pun beroperasi dalam waktu itu jugak. Jadi, kemungkinan itu idea asal Si Badrol ni dapat bila dia buat sesi seumpama itu dengan wanita bini orang baru - baru ni!!! Hehehe...
SEREMBAN - Seramai 103 pelanggan yang sedang menikmati layanan gadis pelayan pelanggan (GRO) warga asing, ditahan polis dalam serbuan serentak ke atas empat premis hiburan di Taman AST di sini, malam semalam.
Dalam operasi yang dilakukan Jabatan Sisatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri itu, pihak berkuasa turut menahan 103 GRO warga asing yang bekerja di premis-premis hiburan terbabit.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Negeri ACP Hamdan Majid berkata kesemua pelanggan tersebut adalah lelaki warga tempatan berusia dalam lingkungan 20-an hingga 40-an.
"Semua GRO itu pula terdiri daripada 90 warga China, 12 Vietnam dan seorang dari Filipina berusia antara 21 dan 45 tahun," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Katanya ketika serbuan dilakukan, semua GRO berkenaan yang sedang leka melayan pelanggan masing-masing tergamam dan beberapa orang daripada mereka cuba melarikan diri dengan bersembunyi di dalam 'lubang tikus'.
Bagaimanapun Hamdan berkata pasukannya yang diketuai ASP Yusharifuddin Mohd Yusop berjaya mengesan taktik itu sebelum menahan wanita-wanita terbabit.
Katanya siasatan awal mendapati wanita-wanita tersebut masuk ke negara ini dengan cara yang sah tetapi telah menyalahgunakan pas lawatan mereka dengan bekerja di premis-premis terbabit.
"Ada di antara wanita ini menyalahgunakan pas lawatan sosial, pas pelajar dan permit bekerja di bidang industri dengan bekerja sebagai GRO di kelab malam berkenaan," katanya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.