Isnin, April 09, 2012


Artikel ini merupakan rentetan dari Bahagian 1 yang mempersoalkan isu berkaitan dengan artike oleh blogger Pro Pakatan Pembangkang.

Kenapa pulak secara tiba - tiba mereka menyerang Si Zuraidah Mak Lampir tu padahal dia dilihat cuba untuk menutup kes Si Azmin Ali dari terus dipersoalkan?

Semuanya sebab GILA KUASA. Mereka sedar bahawa Si Mak Lampir ni jugak sedang mengintai peluang untuk jadi Menteri Besar Selangor akan datang.

Sedangkan sebelum ini, mereka cukup berharap agar Si Azmin tu yang naik ke jawatan tersebut SEKIRANYA Selangor masih dalam pemerintahan mereka.

Tinggi angan - angan diorang ni. Tapi, tak sampai ke mana jugak. Kalau dah dalam parti sendiri pun dok sibuk nak berebut jawatan, inikan pulak bila dapat pegang kuasa nanti.

Akhirnya, rakyat jugak yang diabaikan. Jadi, macam mana Si Ketua Penipu tu boleh kata yang Selangor ni sebagai Kubu kuat mereka? 

Dah nampak sangat la tu semuanya 'AUTA' dia belaka!!! Cakap dia setakat nak menyedapkan hati ahli je sebenarnya. Sedangkan hakikatnya, diorang dah semakin HANCUR!!! Nah!!! Korang baca la sendiri!!!
Walaupun Zuraidah mengambil tindakan segera dengan memecat Mohd Isa dari jawatan Ketua Penerangan Cabang Ampang dengan serta merta, tetapi tindakannya itu dilihat sebagai tindakan terdesak dan semata-mata untuk menutup kesilapannya dengan segera.
Buktinya apabila Zuraidah hanya mendedahkan Mohd Isa sebagai seorang muflis (maka itu tidak layak menjadi Ketua Penerangan) selepas sidang media tersebut diadakan walaupun Zuraidah mengakui telah mengetahui status Mohd Isa sebagai seorang muflis sejak Januari.
Kalau benar Mohd Isa dipecat kerana muflis, kenapa tindakan tersebut tidak dilakukan lebih awal?  Kenapa pula menunggu sehingga sidang media tersebut diadakan?
Selain dari itu, banyak pihak mempersoalkan kenapa Zuraidah mengambil tindakan tersebut tanpa terlebih dahulu menghadapkan Mohd Saidi ke jawatankuasa disiplin parti? Walaupun kita sedar sebagai Ketua Cabang, beliau mempunyai hak untuk memecat Ketua Penerangan – jawatan yang dibuat secara lantikan.
Tapi dengan menghadapkan Mohd Isa ke Jawatankuasa disiplin parti (sebelum memecatnya), sekurang-kurangnya Zuraidah boleh mengelakkan PKR dilihat sebagai parti yang  tidak demokratik, manakala pemimpinnya tidak boleh ditegur.
Penulis tidak mahulah menuduh, tapi bukankah kronologi pemecatan Mohd Isa jelas ini jelas menunjukkan bahawa memang ada usaha yang dijalankan pihak-pihak tertentu dalam PKR untuk menjatuhkan Azmin dengan menjadikan fitnah yang dilemparkan musuh politiknya sebagai senjata?
Penulis harap, Jawatankuasa Disiplin parti yang bakal bersidang nanti untuk membincangkan status keahlian Mohd Isa nanti, tidak sekadar melihat kesalahan yang telah dilakukannya, tapi juga melihat sebab musabab di sebalik tindakan tersebut.
Supaya diakhirnya nanti, PKR akan bebas dari penyakit menjatuhkan pemimpin kerana berebutkan kuasa yang selama ini sering dikaitkan dengan UMNO.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping