Isnin, April 09, 2012


Halamak!!! Ni mesti orang UMNO atau Barisan Nasional dah bayar bapa Altantuya untuk keluarkan kenyataan yang macam ni. Sebab itu aje caranya.

Kalau sebelum ni pun puak - puak Pembangkang tu boleh buat tuduhan sedemikian, Jadi tak heran la kalau diorang juga akan keluarkan kenyataan seumpama ini.

Lagi pun dalam kepala hotak diorang bukannya ada benda lain. Semua benda buruk tu tetap jugak akan dikaitkan dengan UMNO atau Barisan Nasional. Bila dah kena lempang macam ni, baru la diorang terasa songehnya!!!

KUALA LUMPUR: Bapa kepada model warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu pada Isnin menafikan dakwaan kononnya beliau menerima wang daripada kerajaan Malaysia bagi 'menutup mulut' berhubung kes anaknya.
Dr Setev Shaariibuu berkata, wujudnya khabar angin yang mengatakan beliau mengadakan rundingan dengan kerajaan Malaysia dan bersetuju supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai pembunuhan Altantuya.
"Dakwaan ini tidak betul, saya tidak mengambil sebarang duit daripada Malaysia," katanya dengan bantuan juru alih bahasa pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Isnin.
Menurut Setev, khabar angin berkenaan mula tersebar di internet selepas penganalisis politik, Abdul Razak Baginda dibebaskan pada 2008 daripada tuduhan bersubahat dalam kes pembunuhan Altantuya.
Bagaimanapun Setev berkata beliau mengetahui mengenai dakwaan berkenaan hanya selepas melihat paparan mengenainya di Youtube baru-baru ini.
Tambah beliau, kerajaan Mongolia telah menghantar nota rasmi kepada kerajaan Malaysia bagi mendapatkan maklumat mengenai kes berkenaan namun masih belum menerima sebarang jawapan.
Katanya lagi beliau ingin mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai 'seorang bapa dan lelaki' bagi membincangkan mengenai kes anaknya itu.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping