PKR Parti Pengemis? Bukan ke parti tu yang beria - ia kata mereka akan menjadi kepala dalam Pakatan Pembangkang? Bukan ke semua percaturan berada ditangan PKR?
Kenapa secara tiba - tiba, Si Azan Ismail ni kata PKR sekarang ni tak ubah macam sebuah parti Pengemis yang hanya tahu menagih simpati ditempat orang?
Kalau setakat jadi parti Pengemis, mana layak PKR nak jadikan Ketua Umum mereka sebagai Perdana Menteri. Bagi la orang yang layak untuk duduk dijawatan tu.
Setakat tahu nak menagih simpati orang je buat apa!!! Apa barang jadi pemimpin kalau setakat tahu nak mengemis untuk kepentingan Politik sendiri.
KUALA TERENGGANU - Kepimpinan PKR Terengganu hanya mampu menerima keputusan PAS memberikan lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dua kawasan Parlimen untuk ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).Pengerusinya Azan Ismail berkata, sekiranya PKR sudah dianggap sebagai pengemis, parti itu akan menerima apa sahaja keputusan berhubung jumlah kerusi untuk ditandingi."Kalau dia (Pas) rasa kita ni macam pengemis, kita terima sajalah apa yang dia beri. Apa kita nak kata lagi sebab dia rasa dia hebat, dia lebih kuat dari kita."Saya hairan kenapa kenyataan itu dikeluarkan oleh Pengerusi Lujnah Pendidikan Pas Pusat dan tidak oleh peringkat tertinggi parti Pas itu sendiri," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Inilah dia sikap sebenar pemimpin Pakatan Pembangkang ni. Mereka sanggup lakukan apa sahaja demi untuk mendapatkan apa yang mereka hajati.
Padahal, mereka dah diberi amanah dan tanggungjawab untuk diuruskan. Tapi, akibat TAMAK KUASA, tugas dan tanggungjawab tu diabaikan begitu sahaja.
Si Azan ni dah ada kedudukan yang cukup baik. Tapi, dia sendiri yang sia - siakan peluang tersebut hanya semata - mata dia kecewa dengan perjuangan PKR Negeri.
Maka, akibat kekecewaan itu, dia sanggup abaikan tugas dan tanggunjawab dia kepada rakyat didalam kawasan Parlimen dia sendiri.
Sekarang, terpaksa la dia menagih dan mengemis ditempat orang semata - mata untuk dia kekal menjadi Ahli Parlimen dalam sesi yang akan datang.
Macam mana orang nak terima dia, sedangkan sekarang pun dia dah abaikan tanggungjawab dia sendiri? Tak mustahil kalau dia ulangi perkara tu dimasa akan datang.
Begitu juga dengan pemimpin lain dalam Pakatan. Sekarang ni, diorang boleh la tabur janji kata nak pertahankan Negara dan sebagainya.
Bila Negara dah tergadai esok, diorang pun cabut lari macam Si Azan ni jugak. Yang tinggal, penyokong - penyokong diorang yang terkuntang kanting buat kerja. Itu yang korang nak?
Sudah la!!! Jangan la mudah sangat terpedaya dengan janji - janji kosong puak - puak Pakatan Pembangkang ni. Setakat cakap je yang diorang retinya. Nak buat, satu HAPAH pun diorang tak tau!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.