Lihat kelibat Si Nurul Izzah diatas ni. Muka dia ceria. Ibarat macam berada dalam satu sandiwara pulak dah gayanya sedangkan orang lain semuanya serius.
Bagi Anak Orang Kaya Raya dan Senang Lenang duduk dalam Istana macam Si Nurul Izzah ni, memang demo PTPTN ni hanya satu sandiwara semasa.
Tak lebih dari itu. Sebab dia tak terkesan lansung dengan isu PTPTN ni. Bapak dia banyak duit boleh hantar dia belajar ke luar Negara. Jadi, tak perlu pinjam PTPTN.
Tapi, duit tu pun bukan duit poket BAPAK dia. Sebaliknya duit Rakyat yang selama ini dikikis sewaktu menjadi Menteri Kewangan. Itu pasal la Si Nurul Izzah ni boleh senyum meleret.
Walau apa pun, demo yang diadakan tengahari tadi dianggap satu keGAGALan besar bagi Pakatan Pembangkang. Bukan setakat blogger Pro BN je yang cakap macam tu.
Malah blogger dari kalangan Pro Pembangkang sendiri pun tak de yang turun untuk buat liputan sebab jumlah yang turun tak seperti yang dijangka. Hanya ada 300 orang je!!!
Yang 300 orang tu pun diorang kutip dari tepi jalan. Yang betul - betul turun berdemo hanya ada sekitar 100 lebih sahaja yang dah diberi duit poket.
Itu pasal la ada pakcik tua pun sibuk berdemo sama. Entah Universiti mana pakcik tu pergi pun tak tahu pulak. Tahun berapa pakcik tu belajar di Universiti gamaknya ye?
Semut malas nak ulas panjang. Korang baca je la petikan dari blog Pro Pembangkang ni yang menyifatkan demo tadi satu keGAGALan!!!
Buat malu je Si Nuar Berahi tu ada anak macam Nurul Izzah. Suruh buat demo pun dia tak reti!!! Belum suruh buat benda lain lagi!!! Dah tentu dia akan 'GAGAL' jugak!!! Pun ada hati nak jadi pemimpin? Ceit!!! Pigidah!!!
MEMALUKAN. Itulah yang mampu penulis katakan mengenai kegagalan demonstrasi mahasiswa bagi mendesak pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).Penulis memang dari awal ragu-ragu dengan keputusan mengadakan demonstrasi Mansuh PTPTN ini dan tindakan meletakkan Adam Adli mengetuainya atas pelbagai sebab yang jelas disini.Dan ternyata, kebimbangan penulis itu berasas bila dilaporkan hanya 300 orang sahaja yang menyertai demonstrasi pemansuhan PTPTN ini, manakala rancangan asal untuk berarak dari Padang Merbuk ke Dataran Merdeka juga tidak berjaya kerana penulis difahamkan perarakan bermula di Masjid Jamek hingga ke Sogo.Apa masalahnya? Bukankah Adam Adli sahaja didakwa mempunyai sokongan beribu mahasiswa, kenapa nak mengumpulkan 5,000 orang peserta pun tidak mampu? Begitu juga dengan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang dikatakan mewakili puluhan ribu mahasiswa lain di merata tempat dalam negara.Atau isunya tidak menarik? Penulis tidak rasa begitu, siapa yang tidak mahu hutang dihapuskan dan mendapat pulangan wang atas pinjama terdahulu? Sudah tentu silapnya adalah dengan Adam Adli sendiri.Perlu diingat, kegagalan hari ini tidak boleh dipandang ringan kerana dalam masa yang sama kita bercakap tentang Bersih 3.0 yang akan mengumpulkan 500,000 orang peserta dan demonstrasi hari ini sebagaiwarming up kepada demonstrasi yang lebih besar pada 28 April itu?Itu pun penulis mendengar, bukan semua yang hadir adalah mahasiswa tapi kutu jalan yang dipungut untuk meramaikan peserta, benarkah begitu? Jika benar, maka anggapan penulis sebelum ini bahawa Adam Adli tidak punya karisma sebagai pemimpin mahasiswa adalah benar juga. - Suara Pakatan Rakyat
Mansuhkan PTPTN...Dalam Islam hutang wajib dibayar...Ulamak PAS mohon hurai sikit...
BalasPadamDemo Bersih 3.0 nanti polis tak payah nak jaga sangat biaq pi depa melalak, bukan nak kudis pun kat BN. Akhirnya mereka letih syok sendiri jer. Tak payah nak layan provokasi fuckatan baik dok kat rumah jer
BalasPadamBetul-betullah Pakatan ni menghabiskan masa dan tenaga buat kerja ni! Manalah si pendemo-pendemo ni letak otak dan tanggung jawab mereka? Kenapa tak minta sahja Nurul Izzah selesaikan hutang piutang PTPTN mereka ? Dia nampaknya seronok ketawa! Agaknya dalam hatinya berkata "padan muka korang pinjam PTPTN, tengok aku, semua PAPA ku bayar! kerana PAPAku hebat!
BalasPadamsokong untuk mansuhkan PTPTN.So lepas ni org melayu hanya sekolah sampai tingkatan 5 jer arr( tu pon klu dieorg mampu nak byar yuran sekolah).pastu leh duduk rumah jer.
BalasPadamBiar bangsa lain yg sambung study di IPTA dan IPTS.
Tak sedar ker yg PTPTN ni la yg banyk membantu anak2 orang melayu untuk sambung belajar?
Tak faham lah...bayar PTPTN tu min RM50.00 aje yang bayar motorsikal paling paling RM250.00 siap ngan interest tak pulak bising..adat orang berhutang kenalah bayor..kalau tak berhutang mana ada reta..ilmu tu reta juga..sia sia aje belajor tinggi tinggi cam tu pun tak leh pikor..bebal..
BalasPadam