PKR Selangor di bawah pimpinan Azmin Ali kini dikatakan sedang mengalami kemelut yang amat teruk dan boleh dikatakan dalam keadaan nyawa-nyawa ikan.
Faktor utama ialah kegagalan beliau mengurus dan menggerakkan jentera parti di peringkat akar umbi.
Keadaan lebih parah lagi bagi Azmin selaku bos PKR di Selangor apabila beliau dilihat gagal membuktikan kemampuannya untuk mempertahan serta mengekalkan kuasa politik Pakatan Haram di negeri itu.
Ini yang sebenarnya berlaku,kelmarin Anwar Ibrahim kata Selangor parah dan macam-macam alasan yang di beri kononnya tidak mahu Selangor bersama PRU 13.
Melihat kepada situasi yang hambar di hampir kesemua cabang dan ranting PKR di Selangor, boleh dikatakan agak sukar parti itu bersama-sama PAS dan DAP untuk mendapat peluang bagi kali kedua memerintah negeri terkaya di Malaysia itu.
Rasa hampa yang amat mendalam ini tercermin daripada luahan dan keluhan Ketua Wanita Pusat sendiri, Zuraida Kamarudin A.K.A Mak Lampir Selangor di dalam laman facebooknya apabila merungut ramai ahli-ahli PKR sudah meninggalkan parti itu.
Ini berikutan kelemahan kepimpinan Azmin dan kegagalan beliau merapatkan dan memperbaiki hubungan dengan seteru politiknya yang juga Menteri Besar,Khalid Gagap.
Persengketaan di antara kedua-dua pemimpin PKR itu bukan rahsia lagi di kalangan ahli-ahli parti.
Khalid Gagap merasa kuasa beliau telah dipinggirkan apabila Ketua Umum,Anwar Ibrahim menyingkir beliau untuk digantikkan dengan kroni dan orang kuatnya, Azmin sejak dua tahun lalu.Akibat daripada tindakan Anwar tersebut Khalid Gagap dan Azmin tidak lagi sebulu dan sering bertelagah.
Sebagai membalas dendam terhadap dasar politik kotor Anwar yang mengamalkan dasar pecah dan perintah, Khalid Gagap mensabotaj kebanyakan daripada program PKR di Selangor dengan menyekat dana dan bantuan kewangan melalui saluran kerajaan negeri.
Masih ingat lagi posting lama saya dulu ??? Saya beritahu anda Khalid Gagap sabotaj satu Program di satu majlis ???
Semua ini ada yang tidak diberitahu oleh media dan ada juga yang di beritahu. Kalau media tahu hubungan mereka berdua ni, alamatnya hancur program Khalid Gagap.
Azmin pula bersikap pilih bulu dengan hanya mengutamakan cabang-cabang yang dipimpin oleh kroni-kroninya sahaja.
Aktiviti dan program PKR hanya ditumpukan di beberapa kawasan seperti Batu Caves,Gombak dan Seri Muda sahaja manakala kawasan-kawasan lain diabaikan.
Kalau anda tidak percaya cuba anda ikuti program Azmin Ali.padahal beliau kena jaga selangor.kenapa beberapa kawasan jer ???
Faktor inilah yang menyebabkan ramai ahli-ahli PKR Selangor sudah tawar hati dan membuat keputusan untuk meninggalkan parti itu.
Bagi mereka PKR telah menipu mereka dengan propaganda imej sebagai 'parti harapan baru' tetapi hakikatnya hanya pemimpin atasan sahaja ang mengaut segala keuntungan dan menikmati hidup yang mewah atas pengorbanan ahli-ahli peringkat bawahan.
Program-program PKR tidak lagi mendapat sambutan hangat seperti dua atau tiga tahun lalu.Jika dahulu ceramah-ceramah anjuran PKR di Selangor yang dihadiri Anwar mampu menarik lebih 5,000 hadirin tetapi sekarang hendak mencapai jumlah 1,000 ke 2,000 pun amat sukar.
Sekiranya anda tidak percaya cuba pergi ceramah anjuran PKR. Itu pun disebabkan kehadiran beberapa tokoh popular PAS, bolehlah PKR 'tumpang sekaki' untuk mendapat jumlah pendengar yang lebih besar.
Jika di tolak faktor penceramah dari PAS,PKR berjaya menarik hati sekitar beberapa orang sahaja.
Kemelut yang melanda PKR Selangor dijangka akan bertambah teruk menjelang pilihan raya umum kerana Azmin hanya menumpukan perhatian kepada kawasan Parlimen dan DUN nya sahaja termasuk beberapa kawasan kroninya.
Kawasan lain termasuk Ijok,kawasan DUN Menteri Besar dibiarkan untuk mencari dana sendiri menggerakkan jentera pilihan raya seperti artikel saya sebelum ini, janji yang di tabur hanya tinggal janji tapi tempat sendiri tidak di jaga.
Melihat kepada kelemahan ketara dan faktor penerimaan rakyat Selangor yang semakin melonjak terhadap barisan Nasional, secara keseluruhannya PRU-13 nanti bakal menjadi badai yang akan menenggelamkan kapal Pakatan Haram dan selangor bakal jatuh ke tangan UMNO Dan Barisan Nasional.Insya Allah... - Sumber
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.