Wah!!! Ini satu berita panas ni. Kebanyakkan Blogger Politik yang ada di Malaysia sekarang boleh dikatakan blogger - blogger yang Marhein.
Tapi ada sorang blogger 'Hebat' di Pahang ni telah memalukan institusi blogger ni secara keseluruhannya tanpa mengira sama ada Pro Pembangkang atau Pro BN.
Nak bercerita pasal blogger ni, banyak yang boleh diceritakan. Tapi, itu kita cerita kemudian la ye. Semuanya PANAS!!! belaka.
Kalau menegokkan artikel yang dipaparkan sebelum ini, dia kompang dan dia canang satu Malaysia mengatakan bahawa dia juga Bakal bergelar YB.
Maklum la. Dia dah banyak kali umum dalam blog yang lagi satu tu mengatakan yang dia akan turut bertanding dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.
Cuma, dia nak bertanding atas tiket parti apa? Dulu boleh la dia bertanding atas tiket PKR. Sekarang ni, PKR pun tak nak dah kat dia.
Tapi, baru - baru ni, dia buat satu perkara yang memang memalukan. Dia MERAYU dengan orang ramai untuk menyalurkan bantuan dana kepada dia.
Kononnya, dia kata untuk keperluan Pilihan Raya. Nampak sangat la dana tu untuk kegunaan peribadi dan bukannya kegunaan rakyat.
Tak pernah lagi ada mana - mana blogger yang keluarkan artikel dalam blog masing - masing merayu dengan orang lain untuk mintak sumbangan.
Kalau sumbangan untuk bantu orang cacat, yang sakit dan sebagainya, tahan la jugak. Ini tidak. Dia mintak untuk kegunaan Pilihan Raya.
Tapi itu tahan lagi. Baru - baru ni jugak, dia buat satu artikel menyatakan yang dia nak mintak dana dari rakyat untuk saman pihak Utusan Malaysia sebanyak RM30juta!!!
Halamak ai!!! Banyak betul nak samannya. Tapi duit nak saman pun tak de, menda kejadahnya!!! Tak ke itu satu tindakan yang memalukan?
Kalau dah tak de duit, jangan cakap banyak la!!! Duduk je diam - diam. Ini cakap banyak pulak. Lepas tu nak saman orang, pun mintak derma, apa barang!!!
Macam mana dia nak bertanding dalam Pilihan Raya kelak sekiranya duit untuk pengurusan guaman pun dia tak mampu nak bayar? Cuba korang fikir sikit. Logik ke?
Diri dia sendiri pun dia tak mampu nak tanggung, inikan pulak dia nak diberi amanah untuk tanggung rakyat. Lagi la dia tak mampu!!! Cakap je pandai, tapi HABUK pun TARAK!!! Buat malu Pakatan Pembangkang je kerj
Nenek ni http://goo.gl/c3VO0 tak pernah pon buat macam dia tu...
BalasPadamBlogger pun macam2 pesen..
BalasPadamhttp://upsidet.blogspot.com/