Kemungkinan besar, itulah yang sedang dialami oleh Si Fuziah Thoron pada ketika ini dimana dia sedang terketar - ketar ekoran tindakan Lynas baru - baru ni.
Mana tidaknya. Dia pun banyak jugak kerja menabur fitnah dan menyelewengkan fakta berkaitan dengan kilang memproses nadir bumi di Gebeng tu selama ni.
Jadi, memang patut sangat la kalau Lynas ambik keputusan untuk saman Si Fuziah Thoron ni sekali. Biar dia sedar diri sikit. Jangan asyik nak buat kerja yang bukan - bukan je!!!
KUALA LUMPUR: Lynas Corporation Limited memulakan prosiding saman fitnah di Mahkamah Tinggi di sini terhadap portal berita 'Free Malaysia Today', berhubung apa yang didakwanya sebagai kenyataan palsu dan mengelirukan dalam artikel siarannya baru-baru ini.Dalam kenyataan pada Jumaat, syarikat itu berkata ia juga telah memulakan prosiding saman fitnah terhadap sebuah kumpulan dikenali sebagai 'Save Malaysia, Stop Lynas', pengarah dan beberapa anggota jawatankuasanya.Prosiding itu adalah berhubung kenyataan yang didakwa palsu serta mengelirukan yang terkandung dalam surat terbuka yang tersiar baru-baru ini dalam laman blog 'Save Malaysia, Stop Lynas'."Lynas telah, dan akan mengemukakan representasi undang-undang untuk mengambil tindakan terhadap orang yang menyiarkan kenyataan berbentuk fitnah atau maklumat tidak benar itu tentang Lynas atau operasinya," kata pengerusi eksekutifnya Nicholas Curtis.Loji pemproses nadir bumi Lynas Corporation di Gebeng, Pahang menarik perhatian ramai berhubung aspek keselamatannya.Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Projek Lynas dijadualkan melawat tapak loji itu di Gebeng pada 10 dan 11 Mei serta mengadakan pendengaran awam pertamanya di situ. Satu lagi pendengaran awam akan diadakan di Kuala Lumpur pada 21 Mei.Dalam kenyataan itu, Curtis berkata: "Operasi Lynas akan selamat dan mematuhi standard alam sekitar, kesihatan dan keselamatan yang ditetapkan undang-undang Malaysia serta diaudit Agensi Tenaga Atom Antarabangsa."Undang-undang ini mencerminkan atau melebihi standard antarabangsa," katanya.Beliau berkata Lynas sering mengadakan perbincangan dengan masyarakat Malaysia dan akan terus berbuat demikian selagi loji itu beroperasi."Bagaimanapun, kami bimbang kenyataan yang berbaur fitnah akan menyemai rasa takut dan bimbang yang tidak bersebab dalam kalangan orang ramai tentang operasi kami," katanya.
Fuziah thoron..sila jangan lari ya...haha
BalasPadam