Ahad, April 22, 2012


Wah!!! Nampak gayanya, semakin terhimpit masalah yang bakal menimpa Kerajaan Negeri Pakatan Pembangkang ni. Semuanya dah mula resah dan gelisah dibuatnya.

Akibat desakan dan tuntutan untuk memansuhkan pinjaman PTPTN, kini Negeri - Negeri dibawah Kerajaan Pakatan tu didesak agar mengotakan janji mereka.

Nak pulak di Kelantan. Kalau di Selangor, diorang dah iktiraf pelajar Unisel sebagai pelajar yang tidak berkualiti dan tak setaraf dengan Universiti lain.

Sekarang, di Kelantan pulak bakal timbul perkara yang sama. Tuntutan yang dibuat cukup mudah sebab ianya tak melibatkan Pusat Pengajian Tinggi.

Sekadar memansuhkan yuran tadika Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) yang ada di Negeri itu sahaja. Selain itu, Kerajaan Negeri diminta untuk membiayai pelajaran anak Negeri.

Kalau sebelum ni, Si Wali Terompah tu kata dia tak nak layan tuntutan orang luar. Kalau orang Negeri sendiri, dia boleh la layan.

Jadi, buat Mahasiswa yang berasal dari Kelantan tunggu apa lagi? Buat la tuntutan kepada Kerajaan Negeri. Jangan biarkan diorang setakat bercakap je. Suruh la diorang yang tanggung pembelajaran korang di Universiti. Kalau setakat cakap je, baik tak payah!!!
PASIR MAS 20 April - Penyokong Pas diminta mendesak Kerajaan Pas Kelantan tidak mengenakan sebarang bayaran ke atas pelajar yang menuntut di semua institusi pendidikannya bermula daripada pusat asuhan tunas Islam (Pasti) sehingga ke peringkat tertinggi seperti Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias). 
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, pada masa sama kerajaan Pas Kelantan juga harus menyelesaikan semua bayaran pinjaman pendidikan termasuk Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang dibuat oleh anak-anak negeri ini. 
Beliau berkata, ini disebabkan ia adalah salah satu daripada perjuangan parti tersebut yang mahu memberikan pendidikan percuma kepada rakyat. 
"Penyokong Pas perlu menggesa kerajaan Kelantan menghapuskan semua bayaran yang dikenakan ke atas pelajar-pelajar sekolah di bawah kerajaan negeri seperti maahad tahfiz, Pasti dan pelajar Kias serta Kolej Teknologi Darulnaim," katanya. 
Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas majlis perjumpaan dengan jentera pilihan raya wanita Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri Tendong di sini hari ini. 
Selain itu katanya, Kerajaan Pas Kelantan juga harus menaikkan gaji ustaz dan guru-guru di semua sekolah agama rakyat supaya ini semua selari dengan tuntutan mereka ke atas Kerajaan Pusat. 
"Kalau betul mereka mahu memperjuangkan pendidikan percuma, saya nak tanya kenapa Pemuda Pas tidak buat gesaan yang sama kepada kerajaan-kerajaan negeri pembangkang seperti di Selangor, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang, lagi pun ia selari dengan dasar perjuangan baru Pas untuk negara berkebajikan," katanya. - Sumber
Categories: , , ,

6 ulasan:

  1. Pakatan mana berani buat.. Pandai janji je, nak buat x mampu..

    MENGAPA ANWAR IBRAHIM MENYOROK DALAM KAIN NURUL IZZAH? Baca di sini...

    http://apakecoh2.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. jolo doh tu.. Tok Him meme bijak.. Puak2 PAS panda kecek sajo... buat untuk anok negeri sediri gak dulu sebelum suruh org lain buat..

    Ikut pengalaman ambo gak, nok buleh mitok bantuan dari MAIK pun kena bersumpah dengan nama Allah bahawasanya tidak mendapat sebarang bantuan lain..Tu pun bui rm500 untuk sepanjang belajar di universiti. Tu pun untuk satu keluarga jah. Terpaksa kongsi dengan adik beradik lain yang juga berada di universiti. Kebajikannyoooooo laaaaa....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu la hebat sangat bercakap.... Kan da kena batang hidung sendiri... Bila Cakap tak kuar kos memang la mudah.... Bila org minta buat da terkedu ...x tau mana nak dapat sumber...

      Padam
  3. ini mesti dia[pas]salahkan umno.

    BalasPadam
  4. aduh ... ni smue salah umno kan..kan ha...ha

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping